30.1.12

:: Sukan Tahunan ::

assalamualaikum..



*sob*sob*sob* (belum start lagi dah sedih..)

Mestilah sedih! Tak dapat pergi.
Tangan patah punya hal, banyak event yang miss.
Tapi takpe...ini adalah takdir Allah..
Aku kene yaqin dengan itu..

Tahun nih macam menarik jer (memang pon)
sebab last year year!! (bagi form 5 laa)
Rugi!! argh...(sabar)

Tapi aku nak sangat tengok dia ni..



DOLAH!!!

[[ MORAL ]]

Kita bersukan rapatkan ukhuwah,
bukan mengutuk macam yang sebelah.

sorakan merah...haha (sape mengutuk masalahnya?)

Sukan ini adalah antara 10 Muwasafat Tarbiyah
dan antara wadah yg boleh digunakan untuk rapatkan..
UKHUWAH! ya!

Ada orang power sukan tapi berlagak..
ade orang power sukan tapi mengajar..
ade orang tak power sukan tapi menyokong..
ade orang tak power sukan tapi usaha..

sebenarnya dalam sukan ni banyak moral yg boleh diperoleh
tapi di sini nak tekankan ukhuwah!

Macam mana ukhuwah itu boleh diperoleh??
dengan berTOLERANSI antara satu sama lain
(atau antara rumah sukan)
bila kita bertolak ansur, semuanya akan bergembira!
Begitu juga anda!

wallahu'alam..

23.1.12

:: CounterClockWise? ::

assalamualaikum..

Ahad 22 hb January (semalam)

Aku sekeluarga pergi rumah mak mertua abgku Zahid..
pergi 1500pm balik 2100pm



agak lama sebab tunggu abg sulong
dengan bapak mertua dia..


dah sampai..


baby nawwarah..


olololo comelnya...

tunggu...bual...tunggu...bual..bual..
sedar tak sedar dah maghrib..



tapi makan memang pergh!! (sedap tak terkata)


suka benar abah makan sup..hehe

kami solat di surau yang tak seberapa jauh
jalan kaki jer (surau sebelah rumah)

habis solat terperasan pulak jam surau..


Jam terbalik??...hmmm..

Teringat semasa belajar PSI bersama ustazah Syahidah..
beliau kata jam yg macam ni dah ada jual sekarang..

Banyak persoalan yg berada di minda..
kenapa lawan arah jam??..

aku pernah baca satu artikel
yang mengatakan semuanya mengikut arah lawan jam..

- peredaran Bumi..
- pergerakan electrons dlm atom..
- pergerakan cytoplasm dalam cell..
- putaran matahari..
- galaksi..
- right hand rule (sains)
- elektromagnetik..

dan banyak lagi..

pernah tengok orang bertawaf di Kaabah?
arah mana? lawan jam kan?
Sebenarnya ada hikmah dia..
Kita sendiri yg perlu mengkaji..

[[ MORAL ]]

Hidup ini penuh dengan HIKMAH kerana
setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya..

Mengikut arah lawan jam ni pon menjadi sunnah Nabi..
Baginda s.a.w. mengacau minuman dan masakan yg dimasak
ikut arah lawan jam..

Yakinlah dengan kekuasaan dan kebijaksanaan Allah
kerana DIA tidak menjadikan kita semua dengan sia2

wallahu'alam..

22.1.12

:: Happy New Year! ::

assalamualaikum..

agak terlambat untuk ucap tahun baru, tapi takpe..
ni sempena tahun baru china..hehe



ni adalah video hasil budak2 asrama
Sekolah Menengah Islam Hidayah

ni pertama kali saya edit video yg macam nih..
agak penat..

idea ini kami dapat pada petang 31 disember 2011..
sangat berseronok bila berbincang
Rindu..

[[ MORAL ]]

Tahun Baru Masihi ke..
Tahun Baru Hijrah ke..
Tahun Baru China ke..

Semuanya tahun baru = penghijrahan baru

Bila dah tahun baru kita patut ada AZAM untuk berubah..
kerana orang yang berhijrah ialah
orang yang meninggalkan larangan Allah..

Mudah2an penghijrahan kita diberkati dan dirahmati
InsyaAllah!

p/s Happy Chinese New Year to all chinese!

wallahu'alam

21.1.12

:: WAD the...?! ::

assalamualaikum..

Ever heard of the WAD room??
Yes, its the Waiting And Dying room..
at the hospital, a specialized room for injured patients

Ever feel how it was in it??
Well, i have...CREEPY..

The first time i heard the doctor say WAD
i was like " say WHAAAT?! "
So i thought.." forearm fractured needs to go to WAD? "
good thing i brought my most precious book..
AL-QURAN

the doctor then show me the way
show me the way ~ ( via Maher Zain )

i got my own patient's bed..yay...
and this...............



hmm...a SOUVENIR from the hospital..

living there was like i said
" Waiting And Dying "

You just WAIT there and DYING of boredom..
usually 'they' entertain themselves
by looking at the nurses..
but it doesn't suit my taste..haha (just kidding)

but luckily i have 'the' book of HIS..

While waiting, i memorized the surah as-sajdah..
Then, the time has come...

The CMR procedure (if im not wrong)
they drugged me so that im lost conscious
and pulled my arms so that the bone is put into its place..

" Oh My God! "
I could only think of HIM at that time..
it was HORRORRR..

after finished, i get to sleep until tomorrow morning..

SORRY God for not praying maghrib, isyak and subuh...

the next morning i could go home..Hooray!..
but before that i'll have to visit m beloved school
SMI Hidayah JB..

[[ MORAL ]]


PATIENCE
is a value that is quite important
but we do NOT realise..

and being a patient is just testing your patience
thats why they call it 'patient'

having patience is just increasing your IMAN..

I remembered what Syeikh Hamid had said:
" Bring the KITAB to where ever you go "

Who knows what might happen when you are out there..
so the only solution and guider is..
AL-QURAN AL-KARIM

wallahu'alam

19.1.12

:: Appointment PT ::

assalamualaikum..

PT bukanlah pity = kesian, PT = Patah Tangan...

Hari ni pergi HSA - Hospital Sultanah Aminah
yeah!!

Tiba2 jer sku suka..
tak tau kenapa..



mungkin sebab pakai baju baru kot..

Korea Legends !!

Suka tak sabar nak tengok tangan ni ok atau tak..
mungkin..

apapun...
harap tangan dah ok... doakan ye!!
tak payahlah nak amek cuti jer..

Maklumlah calon SPM..

[[MORAL]]


Pernah dengar SYIRIK KHOFI? atau Syirik Kecil?

Sebenarnya dalam hidup kita ni
sedar tak sedar kita ada buat syirik..
tapi yang KECIL jer la..

Contoh:
bila kita pergi klinik sebab tak sihat
nak jumpa doktor dan minta ubat..
bila dah sihat, kita kata

" yay dah sihat makan ubat ni "
" naseb baik jumpa doktor, kalau tak.."

Seolah2 kita rasa doktor yang sembuhkan kita
Padahal ALLAH yang sembuhkan
Fikirkanlah

wallahu'alam

18.1.12

:: T-Design Contest ::

assalamualaikum..

Beberapa hari yang lepas, aku ada nampak satu poster..



Design baju! sangat menarik..
tapi apa yang lagi menarik ialah hadiahnya..
dapat POWER HOODIES! Teringin sangat nak bende tu..

Aku pon join la..
Aku reti guna Photoshop..
Tapi..



Adobe Illustrator SAHAJA?!
alamak.. tak reti pulak guna bende tu..

Fikir 2 kali............

Join jer la..
Belum cuba belum tahu..



dah submit borang
Maka, mulalah kerja aku..

Satu hari jugak aku buat (hampir 1 hari)
sambil buat sambil belajar guna Adobe Illustrator (Ai)
seronok jugak..

Dah siap, hantar kpd email dia
design@brotherhoodarts.com dan mereka reply



Hmm...
tak tahu la dia ikhlas ataupon tak..
mungkin nak senangkan hati peserta..

Apapun..

Doakan aku ye semua!
Supaya dapat top 5!

[[MORAL]]

Sebenarnya, dengan baju pon kita boleh berdakwah..
bila orang tengok mesej yang ada pada baju kita
dan rasa *astaghfirullah*.. ok la tuh..

Tetapi, NIAT pon penting jugak..
sentiasa niatkan dalam hati
agar kita nak bawa Islam ke seluruh dunia
dan 'IZZAH dengan Islam itu sendiri..

wallahu'alam..

17.1.12

:: BlackOut ::

assalamualaikum..

Bila sebut 'BlackOut' teringat kawan lama ni..



tak.. tak nak cakap pasal dia ni pon..

Siapa tahu, bile elektrik takde bagaikan
HILANGnya nikmat2 Allah..

lampu..komputer..kipas..
dan macam2 lagi..

(sebenarnya tadi blackout kt rumah secara tiba2)

" nak buat apa pulak ni.. ber'photoshop tibe2 tutup..dah la tak save "

itulah reaksi selepas rumah blackout..
tak tau nak buat apa, TIDUR!! yeah..



Sebelum tidur..
berfikir sejenak..

bila blackout ni..
rasa macam hilangnya HIDAYAH Allah..
tak tahu nak buat apa, cuma tidur sahaja..
macam orang yg sesat di tengah hutan waktu malam..

padahal Al-Quran tengah pegang
cahaya kat luar dh ada..

tapi

itulah manusia..
sentiasa ALPA..

[[MORAL]]


hidup orang KAFIR adalah seperti
orang yang SESAT di tengah2 hutan waktu malam

tak tau nak buat apa..
tak tau nak pergi mana..
tak tau nak minta tolong siapa..
padahal ALLAH sentiasa di sisi kita..

RUGI
nya orang2 kafir ni
sebab tak beriman kepada Allah..

Banyakkan berDOA kepada Allah
Minta agar DIA memberi hidayah kepada kita..

Siapa lagi yang boleh memberi hidayah melainkan DIA?!

Wallahu'alam

16.1.12

:: Jangan Sampai Jadi Najis ::

assalamualaikum..

video ni tersebar luas di Facebook
Saje nak berkongsi..




Semua maklum kini Zizan amat selesa bersama Ustaz Azhar Idrus (UAI)
Semuanya gara-gara Hantu Bonceng... :)
Ada hikmah khilaf Zizan ketika itu..

Usrah yang lepas..
Abang Bob Lokman ada memberitahu, Zizan juga sering menghubunginya...
Zizan bukan seperti Zizan yang dulu...
Zizan maklumkan kepada Bob Lokman, dia mahu BERUBAH
juga meminta nasihat adakah PERLU meneruskan kariernya dalam bidang seni atau berhenti terus..???
Bob Lokman meminta beliau meneruskan karier
dengan SYARAT
pilih yang baik dan menolak yang mana tidak baik...

Seorang sahabat usrah saya yang lain
berkongsi di sebalik tabir
Program Soal Jawab UAI feat Zizan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam
beberapa minggu lepas...

Rupa-rupanya UAI sendiri yang menghubungi Zizan untuk bersamanya pada program itu..
Zizan terus bersetuju walaupun beliau ditawarkan menjadi Emcee
untuk Sambutan Tahun Baru 2012 di I City Shah Alam..
Mereka tawarkan Zizan RM18,000!!

Zizan..
MENOLAK
tawaran itu kerana mahu bersama UAI di Dataran Kemerdekaan Shah Alam..
Apa yang membuatkan saya terharu..
Zizan menolak sebarang bayaran yang akan diberikan kepadanya oleh pihak penganjur..
Namun, atas dasar menghormati Zizan..
salah 1 faktor berjayanya program pada malam itu
mahu atau tidak
Zizan menerima RM1000...

## BAYANGKAN ##
RM18,000 ditolak kerana mahu bersama UAI..

Zizan TAK RUGI
Bahkan dia UNTUNG
kerana bersama UAI dalam majlis Ilmu yang dinaungi para malaikat..
Semoga Zizan terus ISTIQAMAH!

Beringat-ingat dalam berlawak
Selitkan unsur2 dakwah
Allah PASTI akan bantu!

Insyaallah :)

p/s tak tau pon siapa yg tulis bende ni.. just share drpd FB

MORAL

" Qudwah qabla Dakwah "
" Teladan sebelum Dakwah "

kadang2 kita rasa berdakwah dgn mulut saje dah cukup
sebenarnya, perbuatan or contoh yg kita tunjukkan
lebih memberi kesan kepada org awam..

wallahu'alam

:: SePATAH tangan dua kali ::

assalamualaikum..

hmm...
apalah nasibku hingga tangan ni patah 2 kali
apakah yg Allah nak tunjukkan kepadaku??
KebesaranNya?? KekuasaanNya?? KeampunanNya??

Semuanya adalah kemungkinan..

Kadang2 bila ditimpa musibah, kita akan berkata:
" argh..asyik jatuh jer.."
" aduh...kenapa laa..."
" kalaulah bende tu takde.."

kata2 begini seolah2 kita nk menyalahkan takdir
Padahal ia adalah sesuatu yg Allah nak tunjukkan..

Orang kata musibah adalah tanda pengampunan..

Kalau macam tu...
Aku redha dgn ketentuan ilahi..
dan aku akan sabar..
aku yakin ini adalah tanda Allah sayang aku dan mengampuni dosaku..



" Sungguh menakjubkan keadaan orang yang beriman, kerana semua perkara adalah baik baginya, dan itu tidak terjadi kepada sesiapa pun kecuali kepada orang yang beriman. Jika dia mendapat nikmat, dia bersyukur, maka itu baik baginya. Jika dia ditimpa musibah, dia bersabar, maka itu pun baik baginya."
[HR Muslim]


MORAL

Gunalah nikmat Allah dgn sebaiknya..
Jangan sampai nikmat ditarik baru nak bertaubat..
dan
janganlah salahkan sesiapa bila ditimpa musibah..
kerana semuanya datang daripada ALLAH!

wallahu'alam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...