22.1.13

Mas Alah? Ma Salah?! Masa Lah??! MASALAH!!


Ooohh.. senang sahaja! Pusing-pusing-pusing nanti dapatlah!... Eh! Tak dapatlah!! Macam mana nih?! Salah step nih. Sepatutnya macam ini, kemudian pusing-pusing. Pusing atas pula. Kemudian macam itu, macam ini... hoyeah!! SIAP!! Huhh!! Penat betul pusing sini pusing sana!

OK lah juga dapat siapkan layer pertama :)

Aaargh!! Masalah!!

16.1.13

"Lights! Camera! Ibadah!"



Adik: Wah! Hebatnya dia berlakon!
Ibu: Memanglah hebat sayang. Gaji pon lumayan juga!
Adik: Oohh.. adik nak jadi macam dia jugak lah..
Ibu: Haish.. kenapa pulak ye?
Adik: Ye lah, duit masyuk, feymes, berlakon hebat! hehe..
Ibu: Laa.. macam tu pulak dah?.. Adik pon sekarang tengah berlakon..
Adik: Eh, mana ada.. adik serius lah mak.. tak pura-pura..
Ibu: Maksud ibu, adik sekarang tengah berlakon di atas pentas dunia :)
Adik: Haa?? Ye ke?

Syabas untuk diri anda!! Eh? Kenapa pulak?! Kerana anda adalah seorang...
PELAKON!! Takbir! Allahu Akbar!

15.1.13

Api Jahiliyah Sudah Marak!


Bukalah kotak visual minda anda dan convertkan petikan ini dalam format bayangan...
Anda bersama konco-konco anda telah menyewa sebuah banglo berjenama 1Malaysia yang bertingkat entah berapa. Malam itu, anda sudah plan untuk habiskan 1 juzuk al-Quran manakala konco-konco anda berplan untuk berpesta DoTA. Setelah lewat malam, anda pon mula melangkah ke alam fantasy (baca: tidur) bersama konco-konco anda. Tiba-tiba anda terbangun dek diganggu oleh kepulan asap yang mencemari udara. Datang mana asap ini?? Anda terus mencari dan mencari dan terlihat api durjana membaham dinding rumah. Namun konco-konco anda masih nyenyak tidur seolah-olah takde apa-ape berlaku. Kotak fikiran anda teraktif sebentar seperti mendapat SMS. Ianya seperti menjawab soalan SPM. Apa hang nak buat nih??
Jawapan yang  terlintas dalam kotak fikiran anda:
a) Kejut kawan anda dan padamkan api!!
b) Lari keluar selamatkan diri! Kubur masing-masing!
c) Ini semua mimpi ngerilah.. cuba cubit pipi.. nanti bangunlah!

JengJengJenggggg!

Titisan Rahmat Bergula!


Alhamdulillah! Hari ini balik Johor! Setelah sebulan di tanah jajahan Encik Najib Raz AK.
"Tanggal 14 Januari 1995, lahirnya seorang Da'ie berperikemanusiaan.. (apakah?)"

chishshiiuuuuuuuuhhff (Baca: Bas dah sampai!)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...