14.5.13

Anak Muda Bangkit!

PROLOG

Allaaaaaaaaaaahu akbar~ !

Mata aku terbuka dengan naluri entah apa. Aku mengambil gajet kecil yang menjerit dari tadi. Bunyi yang ku sangka azan rupanya adalah alarm untuk bangun malam dan menyalakan lampu tahajjud. Aku cuba mengabaikannya. Mengantuk.

"Woih jasad! Bangunlah! Tuhan dah hidupkan kau, senang-senang kau nak mati balik..?!"

Mata aku terbuka semula dengan hati yang resah dengan tiba-tiba. Siapa pula yang tengking tak tantu pasal nih? Aku bangun menuju tandas, mengambil wudhu' dan menghidupkan malam dua pertiga. Alhamdulillah.

Subuh berjemaah simbol bersatu ummat Islam. Namun di sini hanyalah sebuah khayalan. Bilakah jemaah subuh akan jadi seperti perhimpunan rakyat Malaysia?

Selesai mutabaah amal yang pertama, Kitab himpunan ayatullah dibuka dengan niat yang suci. Tilawah dan tadabbur di pagi hari. Sedang membelek-belek muka surat, tercampak sehelai 'tag' yang menyimpan seribu dua kenangan.

Duhai pemuda.
Medan juang kalian yang pertama ialah diri kalian sendiri, kalau kalian berhasil menaklukinya nescaya, mudahlah bagi kalian untuk menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Namun, kalau kalian tidak mampu menaklukinya, maka jangan harap kalian boleh menakluki musuh-musuh kalian yang lain. Oleh kerana itu, latihlah diri kalian terlebih dahulu agar mampu menakluki diri kalian dan ingatlah bahawa seluruh dunia ini selalu menanti munculnya generasi muda yang betul-betul suci, mempunyai koral yang kuat dan terpuji dan generasi itu tidak lain dan tidak bukan adalah diri kalian sendiri. Jangan berputus asa, tempatkanlah sabda Rasulullah SAW ini di depan matamu.

[PESANAN ALBANNA]

Terpancar di depan mata seolah-olah mata adalah projector, memancarkan cahaya kenangan silam. Bersama sahabat-sahabat seperjuangan dalam program LKD (Lupa Kah Dia?). Allah.

Mampukah aku?


4.5.13

Mencari Keadilan!


Jam menunjukkan waktu 4.32 pagi. Aku bangun dari katil, menggambarkan semula pita rakaman minda sebentar tadi. Ia seolah-olah menggambarkan sebuah Future atau masa depan. Sebuah kemenangan. Keagungan, Kebesaran. Realiti atau ilusi?

"Ini Kalilah! Takbir! Allahu akbar!"

3.5.13

Kita Merancang


Enjin berbunyi dihidupkan sang ayah. Aku duduk dalam kabus kedinginan memikirkan Sang Pencipta. Kurang dari lima kilometer kereta bergerak menuju destinasi taman syurga. Setiba di hadapan Rumah Ikhwah, aku keluar dan berdiri di hadapan pintu.

*tuk!*tuk!*tuk!* "Assalamualaikum!"

Tiada bunyi. Tiada respons. Aku mula resah. Aku salah rumahkah?

*krrrieeeekkk....!* "haaaahhhh...?!"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...