"Maybe Andy doesn't care about us anymore..."
Pelbagai andaian telah dibuat oleh mereka dan ia tidak menyelesaikan apa-apa malah menambahkan lagi kegelisahan di dalam hati. Dalam proses mengemas barang untuk berpindah ke kolej, Andy perlu membuat keputusan untuk masa depan mainan-mainannya itu, sama ada dibuang, didermakan atau disimpan di dalam attic. Haruskah mereka terus membenih harapan sepertimana Woody yang terus meyakini Andy, atau berputus asa dengannya seperti yang dilakukan Lotso terhadap pemiliknya..?
Setiap mainan ada pemilik
"But we don't need owners at Sunnyside. We own ourselves.
We're masters of our own fate. We control our own destiny."
We're masters of our own fate. We control our own destiny."
Lotso percaya bahawa setiap mainan itu akan dibuang, ditinggalkan, digantikan atau didermakan oleh pemilik masing-masing dan ia juga percaya bahawa bila tiadanya pemilik maka tiadalah hati yang patah. Baginya, itulah hakikat sebuah mainan, tidak dicintai pemilik, hanya sekadar dimain kemudian dibuang dan akhirnya digantikan dengan mainan yang lain. Itulah realiti yang dilihat Lotso.
Namun berbeza dengan kefahaman Woody yang percaya bahawa setiap mainan itu dicintai oleh pemilik mereka. Baginya pula, hakikat sebuah mainan tidaklah sekadar untuk dimain sahaja, tetapi untuk meraih 'redha' pemiliknya agar ia ditempatkan di tempat yang baik sepertimana yang digambarkan di akhir filem bahwa Woody dan rakan-rakannya didermakan kepada Bonnie yang akan menjaga mereka dengan baik.
"I have a kid. You have a kid. Andy! And if he wants us at college,
or in the attic, well then, our job is to be there for him."
Menurut Woody, tujuan hidupnya adalah untuk Andy kerana dialah yang memilikinya dari awal dan dia yang menjaga dan selalu bermain dengan Woody selama ini. Sudah pasti kewujudan Woody adalah untuk Andy. Dengan keyakinan yang kuat, mana mungkin Woody dapat meninggalkan Andy. Oleh itu, Woody akan terus bersama dengan Andy sehinggalah Andy berpuas hati dan menempatkannya di tempat yang lebih baik.
Tujuan hidup kita?
"Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan
untuk mereka beribadah kepadaKu."
[Adz-Zaariyat 51: 56]
Bagaimana pula dengan tujuan hidup kita sebagai manusia, atau lebih tepat lagi sebagai seorang Muslim? Apakah kita hidup semata-mata untuk mencari kerja kemudian menjadi kaya? Apakah kita hidup semata-mata mencari keseronokan yang sementara? Apakah kita hidup semata-mata untuk berjaya di dunia sahaja?
"Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat;
Aku hendak menjadikan khalifah di bumi..."
[Al-Baqarah 2:30]
Sedangkan Allah yang mencipta kita, dan kita pula akan kembali kepadaNya, sudah pasti tujuan kita hidup adalah untuk Allah, Pemilik segala-galanya. Menimba ilmu, mencari rezeki, menolong sesama sendiri, segala yang kita buat adalah untuk Allah. Itulah 'ibadah dan sampai satu tahap, seorang 'abid itu akan sedar bahawa menjadi 'abid sahaja tidak mencukupi dan dia perlu menyedarkan orang lain juga. Maka di situlah peranan kita sebagai khalifah. Mentadbir bumi, memimpin ummah, dan menegakkan daulah islamiyyah. Seharusnya itulah tujuan hidup kita sebagai hambaNya, menjadi 'abid dan khalifah.
Ditinggalkan atau meninggalkan?
Daisy (pemilik kepada Lotso) tidak pernah mengkhianati cintanya kepada Lotso. Namun ketika Lotso terlihat dirinya diganti, ia sangka bahawa Daisy tidak lagi mencintainya dan terus percaya bahawa dirinya telah ditinggalkan oleh Daisy. Padahal Daisy menggantikan Lotso dengan mainan yang sama (Lots-o-Huggin'), bermakna Daisy masih mahukan Lotso. Maka di dalam situasi ini, siapa yang meninggalkan siapa?
Walau doa tidak dikabulkan, walau diri ditimpa musibah satu demi satu, walau hati diuji pelbagai maksiat, Tuhan tidak pernah sekali-kali meninggalkan hamba-hambanya. Cukuplah dengan kemampuan kita bernafas selepas bangun dari tidur untuk menjadi buktinya. Walau miskin harta atau miskin jiwa sekalipun, Tuhan tidak akan meninggalkan hambanya, tetapi sebaliknya kita pula yang meninggalkanNya atas prasangka hati.
Ad-Dhuha
Filem ini mengingatkan aku kepada suatu peristiwa ketika mana wahyu Allah berhenti menurun kepada Rasulullah dalam tempoh yang agak lama yang boleh membuatkan kita berputus asa. Andai kita berada di tempat Rasulullah, bagaimanakah perasaan kita apabila diejek dan digelakkan orang Quraisy yang mengatakan Tuhan telah meninggalkanmu dan tak sayangkanmu? Allahu.
*sakitnya tuh di sini di dalam hatiku*
Namun, ayat di dalam surah ini kemudiannya diturunkan kepada Rasulullah sebagai berita gembira dan juga penaik semangat atau motivasi buat baginda. Hakikatnya, dari awal lagi Allah telah membela Rasulullah sejak Dia membeli jiwa baginda. Telah terbukti di dalam ayat ini bahawa Allah tidak pernah meninggalkan baginda mahupun membencinya, dan pastinya Allah telah menyediakan baginya Syurga kelak hari atas dakwah yang dilakukan baginda.

"Demi waktu dhuha, dan demi malam apabila telah sunyi. Tuhanmu tidak meninggalkanmu (Muhammad) dan tidak pula membencimu, dan sungguh, yang kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang permulaan. Sungguh, kelak Tuhanmu pasti memberikan karuniaNya kepadamu, sehingga engkau menjadi puas."
[Ad-Dhuha 93:1-5]
Filem ini mengingatkan aku kepada suatu peristiwa ketika mana wahyu Allah berhenti menurun kepada Rasulullah dalam tempoh yang agak lama yang boleh membuatkan kita berputus asa. Andai kita berada di tempat Rasulullah, bagaimanakah perasaan kita apabila diejek dan digelakkan orang Quraisy yang mengatakan Tuhan telah meninggalkanmu dan tak sayangkanmu? Allahu.
*sakitnya tuh di sini di dalam hatiku*
Namun, ayat di dalam surah ini kemudiannya diturunkan kepada Rasulullah sebagai berita gembira dan juga penaik semangat atau motivasi buat baginda. Hakikatnya, dari awal lagi Allah telah membela Rasulullah sejak Dia membeli jiwa baginda. Telah terbukti di dalam ayat ini bahawa Allah tidak pernah meninggalkan baginda mahupun membencinya, dan pastinya Allah telah menyediakan baginya Syurga kelak hari atas dakwah yang dilakukan baginda.
"Prasangka hati memakan diri,
percayalah pada Tuhan,
yang memberi rezeki."
No comments:
Post a Comment