22.1.13

Mas Alah? Ma Salah?! Masa Lah??! MASALAH!!


Ooohh.. senang sahaja! Pusing-pusing-pusing nanti dapatlah!... Eh! Tak dapatlah!! Macam mana nih?! Salah step nih. Sepatutnya macam ini, kemudian pusing-pusing. Pusing atas pula. Kemudian macam itu, macam ini... hoyeah!! SIAP!! Huhh!! Penat betul pusing sini pusing sana!

OK lah juga dapat siapkan layer pertama :)

Aaargh!! Masalah!!

Walaweh! Anda pernah bersua, berCiPiKi-CiPiKa (baca: cium pipi kiri cium pipi kanan) dengan makhluk petak berkuasa ajaib ciptaan Pakcik Erno Rubik ini? atau zaman sekarang ia dikenali dengan Rubik's Cube? Jika anda pernah, baca perkaatan di bawah:

PERNAH!

Tahniah buat diri anda! *tepuk*tepuk*tepuk untuk diri anda!*

Saya juga ada pengalaman! Ya! Sangat mengerikan, menyayat hati untuk berada dalam pengalaman ini yang cukup menaikkan rambut anda (baca: hair-raising moments)!

#Pertama kali saya melihat benda alah ini, "Apakah? Mustahil lah bende boleh diselesaikan...kan??"

#Kali kedua saya melihat benda alah ini, "Tapi.. mesti boleh disiapkan jugak kan??.. ergh!" sambil merenung keluar jendela ~

#Empat kali.. eh, tiga kali saya lihat benda alah ini, "Argh! Aku nak tanya Encik Google lah!! Lantak lah apa nak jadi"

#Akhirnya! "Aku berjaya!! Yeaahh!!".. Ya! Saya berjaya menewaskan Rubik's Cube dengan tangan saya sendiri dan dapat mencipta rekod sendiri dengan kelajuan 10cm/s... eh, 48 saat! :)

Ok. Cukup! Fulsetop.

Masalah? Semua orang ada masalah! Bukan anda seorang sahaja!
FYI binatang pon ada MASALAH!! Tak Percaya?

Kucing ada masalah,
"Aku mintak tulang ikan jer tapi diorang bagi KFC, Pizza Hut, McD.. boycott kot..."
Anjing ada masalah,
"Aku nak pinjam tandas tapi manusia tak bagi guna.. terpaksalah kencing kat tepi jalan.."
Burung ada masalah,
"Kaki aku kena ikat sebab tu lah aku jerit OH OH OHH SAKIT WOHH.. tapi diorang tak paham.."
Ikan ada masalah,
"Macam mana aku nak berenang kalau tangki pon kecik macam hape?!..."
Paling bermasalah Ikan Jerung a.k.a JAWS,
"Aku sebenarnya baik tapi semua lari dari aku sebab anggap aku kejam.. itu kan memang fitrah aku..sob.."

Nampak? Semua orang dan semua binatang ada masalah! Siapa yang bagi?! ALLAH!!
Kenapa Dia pulak yang bagi? Setiap urusan yang diatur olehNya semuanya ada HIKMAH!!

"Allah tidak akan menyusahkan/ membebankan/ me'masalah'kan seseorang melainkan ia dapat mengatasi/menghadapinya.." [2:286]

Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya, InsyaAllah! Sepertimana Rubik's Cube tadi, ada formulanya!
Cuma anda perlu bijak memanipulasikan masalah tersebut! Ber'experiment' dengan masalah itu! Mencari puncanya... dan anda tahu Masalah terBESAR sekarang?? Tidak! Bukun mas kahwin yang tidak cukup! Tapi.. MASALAH UMMAT! Masalah yang patut anda fikirkan sekarang!

"To solve your problems, you have to tell your problems!"
[Dancing Rasta, Captain Supe Strikas]

Salah satu penyelesaian masalah ialah anda perlu meluahkannya. Kalau tidak, anda akan terus bermasalah! Anda ada masalah, hanya perlu menghubungi talian 24434 (baca: Solat dan Doa). InsyaAllah pemilik nombor itu akan menjawab!

"Dan Tuhanmu berkata, Berdoalah kepadaKu nescaya akan Ku perkenankan.."
[40:60]

Oh Sahabat! Berdoalah banyak-banyak dan berdoalah juga untuk Ummat Islam!!
JOM sama-sama kita fikirkan cara untuk menyelesaikan kes Masalah Ummat!!

Jom C.S.I!!  Eh?? Jom Cinta Sesama Islam!!
*dengan cara ini kita akan bantu sesama kita!* chak! :)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...