6.2.13

Ketuk! Ketuk! Siapa? Saya Nak Taubat!


Allahumma sholli 'ala sayyidina Muhammad!

Persis alunan merdu kawan saya, Maher Zain "You just have to open your eyes, your heart and minds".
Buka minda anda dan masukkan CD bayangan ini:
Anda adalah seorang yang sangat miskin semiskin-miskinnya. Boleh katakan orang yang paling hina di dunia ini. Orang yang berjalan non-stop di siang hari kerana meminta duit dan ber'jihad' di malam hari kerana mencari tempat untuk merehatkan jasad yang tak lama lagi akan terkubur. Sudah beberapa hari anda tidak mandi dan pakaian anda pun sudah berlubang dan kotor. Jijik! 
Suatu hari anda berjalan di tepi jalan dan terpampang di depan anda sebuah taman perumahan yang agak mewah. Mata anda mula berbentuk duit seperti di dalam kartun. Ceh! Maka, anda pun cuba untuk mengetuk di setiap pintu rumah yang ada dengan penuh harapan. 
Malang sekali, apa yang anda dapat hanyalah pintu yang tertutup satu atau dua saat selepas pintu itu dibuka. Ajaib! Tangan anda kosong seperti diisi habuk dan debu. kecewa. Jijiknya anda sehinggakan tidak ada seorang pun yang mahu hulurkan shower. Eh! Kerana terlalu kecewa, anda pun ziarahi kubur dan kembali ke kubur anda... apakah? (abaikan)



#astaghfirullah

Andai dosa kita dizahirkan dalam bentuk yang sangat jijik di dunia mislnya tahi yang menyelaputi diri kita, tidak ada insan yang akan dekati kita kerana banyaknya dosa kita. Hitamnya hati kita. Jahilnya akal kita. Ketuk pintu, pintu terbuka, kemudian tertutup semula.

Mungkin tidak ada insan yang akan terima kita, namun apa yang pasti ialah akan Ada yang sentiasa berada di sisi kita dan takkan menolak kita. Dialah Pemilik Kekayaan, Pemilik Cinta, Pencipta Alam, Pencipta Manusia. 

ALLAH 'azza wa jalla!


“Dan barangsiapa mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya sendiri, kemudian ia memohon ampunan kepada Allah, niscaya ia mendapati Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.”
(An-Nisa’: 110)

Allah menanti-nanti 'tetamu-tetamunya' untuk mengetuk pintu TaubatNya. Maka, ketuklah pintu TaubatNya dengan seikhlas-ikhlas ketukan, nescaya akan Dia buka dengan seluas-luasnya!

“Katakanlah: ‘Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha pengampun lagi Maha penyayang.”
(Az-Zumar: 53)

Sebesar mana pun dosa anda, sebesar bumi dan langit, sebesar kacang hijau sekalipun, jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah! Ketuklah sekali lagi pintu TaubatNya, Dia akan buka pintu itu.

Sabda Rasulullah s.a.w.  :
“Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya, sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali.”
(HR Muslim)

Hey hey hey!! Kamu yang sedang memandang monitor dan membaca belog ini! Ya kamu! Bukan orang belakang kamu! Nabi kita yang maksum (baca: dosa-resistance) pun bertaubat setiap malam! Tahu? Kita yang tak maksum, nak betaubat pun macam hape.. pfft!

“Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” (An-Nur: 31)

Ya! Tidak ada ruginya kalau anda berTAUBAT! Tidak ada muflis, bankrap atau apa-apa yang berkaitan! Allah itu Maha Baik! Dia sayang kita! Tahu?

“Maka mengapa mereka tidak bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.”
(Al-Maidah: 74)

Hakikatnya sekarang, ramai yang tahu mereka buat keburukan, kajahatan, kekejian dan kerosakan tapi masih tak mahu bertaubat! Na'uzubillah min dzalik! Doalah kepada Allah dengan penuh harapan banyak-banyak agar kita diberi hidayah dan petunjukNya! Hidayah itu milik Allah! Mudah-mudahan kita tergolong dalam kalangan Tawwabin. InsyaAllah!

#DakwahItuMudah JOM!

"Akan Terus Ku Ketuk PintuMU!"
- Abang Deen -


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...