7.2.13

Aku Seekor Homosapien!


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari yang indah lagi bersinar. Tiba-tiba dentuman kuat menggetarkan gegendang telingaku. Bunyi apakah? Oh! Hujan lebat rupanya. OK.

Menanti result Sijil Paling Mudah atau bahasa remajanya SPM, membuatkan diri ini ter'flashback' kembali ke zaman UPSR. Tapi masih berwarna-warni, bukan hitam putih. Belajar hanya setahun, alhamdulillah dapat 4A1B! Cis, muehehe.

Teringat buat karangan Bahasa Melayu dulu.
"Aku Sebatang Pencil"
"Aku Sebuah Kereta"
"Aku Seorang Pembangkang" *Eh, ada ke nih?
Ya! Teringin nak buat sekali lagi! Ceh, haha. Tajuk: "Aku Seorang Manusia!"
Aku seorang manusia. Aku diciptakan daripada pelbagai jenis tanah setitis air yang hina iaitu air mani. Setelah jasad aku ditiupkan ruh, aku dihantar secara percuma ke alam dunia. Kotak mindaku hampir penuh dengan seribu satu dua persoalan.
 Aku disuapkan makanan dan diberi minuman oleh makhluk yang bernama Ibu. Aku dijaga dengan baik oleh makhluk yang bernama Ayah. Hari Tahun demi tahun aku merasakan diri aku semakin membesar. Aku seolah-olah dikawal oleh tuanku yang bernama Allah, tapi aku juga diberi tiga dua pilihan. Aku berjalan ke sini dan ke sana. Aku melakukan itu dan ini. Mereka katakan inilah kehidupan.
 Namun, persoalan-persoalanku masih tidak direply terjawab. Aku berasa bingung dan tidak tenang. Aku melihat ada bintang-bintang kecil bertawaf berpusingan di atas kepalaku. Aku berfikir sejenak.
Aku meneroka dan menyelongkar sangkarku yang digelar Rumah. Aku ingin mencari jawapan. Di satu sudut, aku terlihat sebuah komik buku manual yang berhabuk. Ia bukan milik Proton atau Perodua tapi ia manual yang bernama Al-Quran. Aku mula berhasrat dan memilih option untuk mengkaji.
Saban tahun aku mengkaji dan persoalan-persoalanku mula terjawab. Siapakah Aku? Apa tujuan Aku diciptakan? Ke mana Aku akan pergi selepas ini? Baru aku tahu. Bukan aku sahaja yang Tuan aku telah ciptakan tetapi banyak lagi. Aku berasa sangat gembira kecil, kerdil dan hina.
Aku hairan. Hairan kerana masih ada persoalan yang berbaki di ruangan mindaku. Mengapa ramai di luar sana yang rupa bentuk mereka sama seperti aku jauh daripada tujuan hidup yang sebenar? Bukankah Al-Quran telah disediakan? Bukankah Rasulullah telah menunjukkan teladan dan akhlak yang mulia? Tapi aku yakin, perancangan Allah itu rapi.
Bila sudah sampai ke tahap tinggi yang maksima, aku masih diberi suapan. Tapi suapan ini daripada makhluk yang lain pula. Nama makhluk ini Naqib. Dia menyuapkan aku dengan Tarbiyah. Mengajarku hidup di jalan Dakwah. Aku berasa sangat rapat dengan manusia-manusia yang lain seolah-olah hati aku diikatkan dengan kuat bersama dengan hati-hati yang lain. Mereka katakan inilah Ukhuwah. Di saat ini aku berasa sangat tenang.
Sekarang Aku mengerti. Aku adalah Khalifah! Allah itu Matlamatku. Rasulullah itu Qudwahku. Al-Quran itu Manualku. Jihad itu Jalanku. Cita-citaku, Syahid di jalanNya!

Sudah. Cukup-cukuplah panjang itu. Kalau boleh nak panjang lagi, tapi nanti cikgu kata apa pula kan?
"Amboi amboi amboi! Bukan setakat A aku bagi. A+ pun aku boleh bagi." Ceh! haha.

Ya! Ingatkah anda bahawa Rasulullah telah memberi lampu hijau yang terang lagi bersuluh kepada kita?

Sabda Rasulullah SAW:
“Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang jika kamu berpegang padanya kamu tidak akan sesat, iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnah rasul-Nya”.
(riwayat Malik)

Bayangkan anda telah membeli model terbaru Gundam atau binaan LEGO yang sangat komplex, kemudian manualnya atau 'instructions'nya hilang. Anda pon 'struggle' dan tidak tahu nak buat macam mana. Ape celop? Sekarang bayangkan anda adalah model itu. Hancur berterabur bahagian-bahagian itu. Ya! Hidup anda akan kucar-kacir. Sedih kan?

Tapi jangan risau. Tuhan kita Sangat baik. Lebih baik daripada tokmek anda yang selalu buat Chocolate Chip Cookies untuk anda. Lebih baik daripada Tuan PM kita yang selalu offer BR1M. Sungguh Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih! Maha Memberi Petunjuk! Mintalah kepadaNya agar manual anda yang sudah lama hilang dikembalikan semula. :)

“Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina."
(40:60)

InsyaAllah Anda Boleh! #DakwahItuMudah JOM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...