8.2.13

Penjara Tarbiyah!


"Eh, Mad! Cuti dah dekat! Apa plan kau? Aku tak tau nak buat apa..haha"

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam suram litupi malam ~
Resah hati peristiwa semalam ~
Mengimbau suatu kenangan silam ~


Begitulah merdunya alunan suara Zayyan, lagu 'Ku Insafi'.
Mengimbau suatu kenangan silam, suatu kenangan manis, suatu memori yang hitam putih. Ceh.
Lima tahun ku bersekolah di Sekolah Menengah Islam Hidayah dan telah berdaftar sebagai pelajar asrama. Bukan pelajar asmara ye! Lima tahun ku merasa manis, pahit, masam, masin, tawar, tiada gula, terlebih garam, pedas dan macam-macam. Lima tahun ku merealisasikan salah satu Keoseman Muslim (baca: Muwasofat Tarbiyah). Lima tahun ku membuka buku sejarah dan menutupnya semula. Sungguh.

Tersenyum saya mengenangnya dan yang paling umph, lima tahun ku ditarbiyah sehingga tertukar istilah 'Asrama Penjara' kepada 'Penjara Tarbiyah'. Sungguh bukan? Ya! Penjara Tarbiyah!

Sebelum mendapat tarbiyah, diri ini diseksa dengan seksaan yang benar-benar menyeksakan. Sangat dahsyat seksaan itu. Abang Bai pon tidak akan tahan dengan seksaan itu. Eh? Hiperbola sebentar. Malang sekali, semua itu tidak benar.

Ya! Sebelum mendapat tarbiyah, saya hanya mengenal asrama dengan istilah 'penjara'. Bosan! Tak tau nak buat apa! Nak buat itu, nak buat ini, semuanya tak boleh! Nak keluar sekejap pun tak boleh! Apakah?! Dahsyat bila diri ini menjadi pre-Hulk. Mengamuk.. dalam hati.

Alhamdulillah setelah diberi kapsul Tarbiyah, rasa bagaikan berada di Syurga yang putih dan suci. Ceh!

T A H U K A H   A N D A ?

Ulama' kita yang hebbak-hebbak dulu, pakcik-pakcik tarbiyah kita yang osem dulu, pembangun Ikhwanul Muslimin yang kita kenali pernah bersemayam di dalam penjara. Ya! Dalam PENJARA bertahun-tahun. Bukan berhari-hari atau berbulan-bulan!

Apa yang menarik hati kecil ini ialah bagaimana mereka dapat membina sebuah suasana yang sukar untuk dibayangkan di dalam penjara. Mereka berjaya melahirkan bi'ah solehah dan mampu menjadikan penjara itu sebagai Penjara Tarbiyah! Dahsyat sedahsyat-dahsyatnya bukan?

[Buku: Aku dan Ikhwanul Muslimin]

Membaca buku itu membuatkan mata saya terbeliak, pintu minda saya terbuka secara automatik, hati saya bagaikan mengecut dan mengecil. Bagaimana mereka dapat berukhuwah di dalam penjara? Bagaimana mereka dapat berusrah di dalam itu? Bagaimana mereka dapat bertahan dengan tempoh yang begitu lama?

Saya sedar bahawa mereka memiliki satu aura yang cukup menyinarkan kamar yang gelap gulana. Mereka memiliki mutiara IMAN yang tumbuh dan membesar sejak mengambil kapsul TARBIYAH. Rasanya kalau Orang Besi (baca: Superman) pun tak boleh nak tahan duduk dalam penjara sebab memikirkan anak bini dia. Wah!

Baiklah! Saya nak buat pengakuan satu pengakuan! Gulp!

*dubdab*dubdab*dubdab*

Saya belum kahwin! Eh?! Silap! Cis!

"Asramalah tempat ku ditarbiyah! Asrama Hidayah JB!"

Ok. Dah. Cukup.


Kipas memusing dengan laju dan senyap.


Kalau kita ada IMAN, kita akan tahu kenapa adanya peraturan. Kenapa tak boleh nak buat itu dan ini. Kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa kenapa...bla bla bla... bi iznillah insyaAllah!

Itupun kalau ada IMAN lah. Anda ada?

Kata akhir mungkin,

"Kalau hidup kat asrama pun kau tak boleh lepas, macam mana kau nak hidup bila keseorangan di IPT nanti? Macam kau nak uruskan anak bini kau nanti? Sampai bila kau nak meliar terus macam ini? Fikirkanlah!"


"Tarbiyah bukan segala-galanya, tetapi segala-galanya bermula dengan tarbiyah"
(Mustafa Masyhur)

#DakwahItuMudah JOM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...