3.5.13

Kita Merancang


Enjin berbunyi dihidupkan sang ayah. Aku duduk dalam kabus kedinginan memikirkan Sang Pencipta. Kurang dari lima kilometer kereta bergerak menuju destinasi taman syurga. Setiba di hadapan Rumah Ikhwah, aku keluar dan berdiri di hadapan pintu.

*tuk!*tuk!*tuk!* "Assalamualaikum!"

Tiada bunyi. Tiada respons. Aku mula resah. Aku salah rumahkah?

*krrrieeeekkk....!* "haaaahhhh...?!"

****************

Jam belum menunjukkan tanda-tanda untuk masuk tidur. Handphone terbunyi... atau berbunyi? Rasa terkejut,  aku melajukan tangan mencengkam hanndphone itu dan melihat skrinnya.

"Akhi, usrah esok pagi, 5 pagi di Rumah Ikhwah. Esok puasa. :)"

Tanda tanya berterbangan di awangan kotak minda namun aku berjaya menangkapnya. Jam 5 pagi? Sebelum subuh? Subhanallah. Pengalaman indah insyaAllah.

Beberapa minit membengkakkan mata melihat skrin komputer, mensia-siakan sedikit dari kehidupan bermain internet, jejari pada jam menuding pada nombor 12. Hati mula resah, risau akan keterlewatan subuh. Tanpa sedar kaki berjalan laju, menuju tandas mengambil wudhu', dua rakaat untuk Sang Pengampun, melompat ke atas katil, dan tidur mengharapkan peluang kedua.

****************

Terpampang di depan mata. Bilik masih gelap seolah-olah belum menyalakan lampu tahajjud. Aku melihat figur di hadapanku. Akhi Fikri. Berjaya melepaskan diri daripada permainan syaitan yang mengasyikkan.

"Akhi jemput masuk dauhlu. Ana pergi bersiap dulu.
Kejut mereka. Pastu kita tahajjud sama-sama."

Kaki melangkah menuju ke hadapan, memasuki rumah penuh bujang. Masih terlentang dihanyut arus mimpi. Mungkin sedang rancak berjuang untuk Pakatan Rakyat di dalam mimpi. Tanganku menyeluk kocek seluar mencari handphone. Jari laju menekan butang handphone, berpura-purabermain padahal handphone classic sahaja. Menunggu masa. Menunggu petunjuk Ilahi. Allah.

****************

"Akhi! Nasib baik anta datang. Sorry lah ana bangun lewat tadi. Sepatutnya akh Zaid kejutkan. Hehe. Kita amek wudhu' pastu 2 rakaat. Pastu sahur. Ok? Jom."

Nasib baik... atau takdir? Apakah yang tersirat di sebalik insiden? Tidak hanyalah sebuah nasib. Bukan juga kebetulan. Bahkan ianya seperti telah dirancang. Sememangnya kita yang merancang namun ada yang telah melancarkan perancangan itu. Ada Pemerhati, The Observer. Aku menundukkan pandangan, bukan kerana ada wanita separuh telanjang berjalan di hadapanku, tetapi aku terfikir, kerdilnya aku, hinanya aku, hanya Allah sahaja yang tahu. Allah.

Biarpun rambut kita yang tertumbuh di atas kepala itu lurus atau kemas atau rapi. Namun ketahuilah bahawa perancangan Allah itu tersangatlah rapi. Biarlah kita merancang apapun, yang selebihnya kita berserah kepada yang Maha Esa. InsyaAllah. 

Sama-sama kita Ubah Malaysia! #IniKalilah

#DakwahItuMudah JOM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...