4.5.13

Mencari Keadilan!


Jam menunjukkan waktu 4.32 pagi. Aku bangun dari katil, menggambarkan semula pita rakaman minda sebentar tadi. Ia seolah-olah menggambarkan sebuah Future atau masa depan. Sebuah kemenangan. Keagungan, Kebesaran. Realiti atau ilusi?

"Ini Kalilah! Takbir! Allahu akbar!"

******************

Aku berjalan dengan penuh teliti. Berjalan menuju cahaya ilahi barangkali. Aku melihat suasana sekeliling. Sunyi. Ruangan ini kemudian bergema, terdengar satu suara, "kosong... kosong..". Bunyinya seperti suara Najwa Latif tetapi versi orang tua. Ruang ini sememangnya kosong. Aku menganalisis sekali lagi ruangan ini. Segalanya berwarna biru. Bukan air. Bukan lautan dalam. Bukan juga Atlantis. Namun aku terus berjalan.

Dalam perjalanan, tanda soal berterbangan di awangan minda. Kali ini ia datang berkumpulan. Susah untuk aku menangkap persoalan-persoalan yang banyak mendatang. Aku biarkan dan terus berjalan sambil menundukkan kepala.

*Paaaannnggg!!* "Aduh..!"

Burung-burung kecil berterbangan mengelilingi kepalaku dan hilang setelah aku tersedar aku terbaring di atas tanah. Tanah warna biru. Aku terkejut melihat benda yang aku terhantuk tadi.

"Woah..! Besar..! Tempat apa nih...?!"

Seperti sebuah bangunan pencakar langit tetapi ia bukan. Kerana di sini seolah-olah tiada langit. Aku berundur ke belakang sedikit dan melihat ke atas. Aku nampak sebuah dacing. Dacing yang sangat besar. Dacing perak keputih-putihan. Aku terkejut dan lari. Lari daripada penimbang dosa dan pahala mungkin? Lari selaju mungkin aku terserempak dengan seorang pemuda. Dush!

"Hey! Ada lagi seorang lah! Kamu cepat masuk! Kita dah nak pergi nih..!"

Riak di wajahku kelihatan begitu bingung. Masuk ke mana? Pergi ke mana? Lari dari apa? Tanpa menjawab persoalan itu aku menoleh kepala ke arah belakang. Nampak seperti manusia menuju ke sini tapi gaya macam zombi. Menggelikan. Zombi pakai baju warna biru. Masih elok lagi pulak tuh...? Baru beli agaknya.

".. .rasuah... jenayah... tipu... zina.. rokok... arak... duit..."

Mereka berzikir, menyebutkan itu berulang-ulang. Aku toleh kepala semula ke hadapan dan lihat sebuah roket gergasi. Mungkin ini yang dia suruh aku masuk. Aku lari bergegas masuk ke dalam roket itu dan melihat ada beberapa pemuda yang sebaya denganku. Enjin mula berbunyi. Zombi-zombi tadi seperti sudah mengepung roket ini dan mencengkam sekuatnya. Menyukarkan roket untuk terbang. 

"Pergi mana nih...?!"

Aku bertanya dengan mulut terketar-ketar. Ketakutan. Kebingungan. Dahsyat. 

"Ke bulan, mencari keadilan"

*Dussshhh*Boooorrmmm*



******************

Aku terbangun. Melihat skrin di handphone. Jam menunjukkan 4.32 pagi. Aku bermimpi. Aku dipermainkan syaitan. Mengelap peluh di dahi, menghembus nafas lega. Bersyukur dapat terlepas dari permainan sang musuh. Aku bergegas ke tandas. Buang apa yang patut dan mengambil wudhu'. Menyalakan lampu tahajjud di sepertiga malam. Aku berdoa. Berdoa untuk keadilan di Malaysia. Berdoa untuk kesejahteraan. Berdoa untuk kebaikan semua. Namun kemenangan di tangan Allah. Dia yang menentukan. InsyaAllah.

"Sama-sama kita Ubah Malaysia! Every votes counts!"
#IniKalillah #DakwahItuMudah JOM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...