27.2.12
Bulatan Osem!
As-Salam..
Mesti tertanya2 apa tu bulatan Osem? itulah bulatan gembira. Apa pula tu? Itu pula adalah yang ikhwah2 katakan, USRAH! Apakah?!!
Semalam saya dan FaMa (parents) pergi keluar makan bersama dengan sepupuku Syazwan...
Abah: Wan, ok tak kat UTHM?
Wan: ok lah..
Abah: kt situ ade usrah tak?
Wan: camne?? tak faham..
Mak: abah ni, takyah la straight sgt tanye. tanyelah ade prog ke..
Saya tak hairan kalau ada yang tidak tahu apa itu usrah di zaman saya ni sebab benda yang tidak biasa di kalangan masyarakat sekarang (tak tahulah kalau PM Najib pon berusrah ke tak..hehe). Saya pon dulu tak pernah tahu benda pelik tu, sekadar pernah dengar saja.
Ahmad: oit, usrah tu ape??
Man: alaa yang duduk dlm bulatan tuh, pastu ade sorang jaga..
Usrah..?? Mungkin perkataan ni sudah menjadi satu 'allergy' kepada budak2 zaman sekarang. Bile dengar saja, "ish ape seyh ko ni!", "argh! bende tu lagi.." dan seumpamanya. Kalau tanya mereka yang sudah ber'join' tapi masih mentah, mereka akan jawab, "usrah ni kita duduk dalam satu kumpulan dan dapatkan ilmu". Betul juga tu.
Tapi kalau saya, saya akan tambah sikit, "Usrah adalah satu kumpulan atau kelompok individu2 yang osem. Ia merupakan wasilah atau cara untuk menyampaikan dakwah degan lebih berkesan. Di sinilah kita menasihati antara satu sama lain, berkongsi ilmu, membincangkan masalah ummat, menjawab persoalan masing2 dan tempat membina peribadi muslim yang soleh wa musleh." (tambah banyak tuh >o< ) Sebenarnya usrah ni sejak dari Zaman Nabi s.a.w. lagi. Kali pertama Rasulullah buat adalah di rumah Al-Arqam bin Abi Arqam (betul tak nama dia nih? *confuse*). Rasulullah mengajar mereka semua ayat al-Quran yang diturunkan kepada BAginda. Rasulullah juga mengajar mereka sifat2 yang mulia seperti baik hati, jujur, amanah dan macam2 lagi.
Ini sebagai pengenalan saja. Saya rasa sangat beruntung kerana dapat merasai nikmat yang osem ini sejak di tingkatan 1 di sekolah. Untunglah mak masukkan saya ke sekolah itu. Ketika tingkatan di 1 memang tak tahu apa2. Tahun demi tahun sudah mula memahaminya sedikit. Baru sikit :) Dapat ilmu baru. Dapat tahu apa itu dakwah. Dan yang berkaitan dengan itu. Saya rasa sangat Osem! Yeah!
Allah berfirman:
"..Dan hendaklah kamu bertolong-tolong untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolong dalam membuat dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaan-Nya (bagi sesiapa yang melanggar perintahnya)." (5:2)
Berbulatan gembira sangatlah cool dan Osem!
Wallahua'lam..
Labels:
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment