25.2.12

Fitnah! Sumpah Tidak Osem!



As-Salam..

Ahmad: wei, ko tau tak pasal video lucah tuh?
Man: apa? Anwar Ibrahim? tau. kenape?
Ahmad: ko rase betol ke dia buat macam tuh??
Man: alah.. jangan caye sangatlah cerita skang..




Tiba2 saya terfikir tentang isu2 yang berlaku di Tanah Air yang tercinta (tercintalah sangat!). Kenapalah banyak sangat isu2 yang pelik2. Satu cerita pon saya taknak ambil kisah (tak semua lah). Banyak mengarutlah. Suatu ketika, saya ada terbaca tentang penipuan video Anwar Ibrahim. Saya memang tak percayalah. Jadi, inilah yang dikatakan FITNAH?? Osem..PULAK!!

Apa itu fitnah? Penipuan? Berita tipu? Tipu helah? Saya pon tak tahu :) Tak silap saya, kali pertama dengar ketika tingkatan 1. Bagi saya fitnah adalah suatu cobaan untuk kita. Kadang2 suatu fitnah boleh membawa kita dekat dgn Allah.

Ahmad: wei, ade orang cakap ko couple.. ape cer?
Man: astaghfirullah.. siapalah yang cakap tuh. Apalah dosa aku. Fitnah tu. Tapi terpulanglah pada ko, nak percaya atau tidak. Allah itu Maha Mengetahui!


Bagi mereka yang ada iman, mereka akan mengkaji dahulu kerana Allah kata telitilah dahulu berita yg disampaikan (49:6).

Ahmad: wei, ko ni fitnah aku jer. ko tau tak fitnah tu lebih terok drpd bunuh!
Man: laa.. rileks ar bro.. aku gurau jer cakap yang ko suka tgk teletubbies :)


Allah berfirman:
".. Dan sesungguhnya FITNAH itu lebih kejam daripada BUNUH.."

Dulu saya pernah bergurau dengan kawan saya, mengatakan yang bukan2. Tiba dia keluarkan ayat ni. Kita pon jadi takot. Pernah alami?? Sebenarnya apa yang kita faham daripada ayat ni? Kalaulah kita cakap macam tu sahaja dah boleh jadi fitnah, baik kita bunuh, kan??

Apa yang dikatakan dengan fitnah ni ialah sesuatu yang boleh memecahbelahkan ummat. Kenapa Allah kata fitnah itu lebih kejam?? fitnah hanyalah kata2 yg agak 'manis' :)

Cuba bayangkan, kalau anda bunuh satu jasad. Berapa ramai yang hilang?? sikit kan?? (dah bunuh satu sahaja memanglah). Bayangkan pula fitnah, berita yang sangat dahsyat sehingga boleh memutarbelitkan akal seseorang tersebar ke seluruh ummat. Berapa ramai yang hilang?? Mungkin takde yang mati tapi dari segi saiz musibahnya, mana lagi besar? Fitnahlah kan?

Bunuh 1 orang = takde hal, ummah masih ada. Fitnah tersebar = ummah rosak.

Orang kata " Sebab nila setitik, rosak susu sebelanga "

Fitnah tu sumpah tak Osem! Kalau boleh elakkan bergurau fitnah! Banyakkan berkata2 yang baik dan Osem!

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...