Jack hanyalah budak mentah yang menetap bersama pakciknya di bawah bumbung berdinding kayu. Hidupnya miskin namun hatinya tetap kaya dengan semangat kerana telah menghadam kisah-kisah Sahabat Nabi yang pernah diceritakan oleh bapanya sewaktu kecil sebelum tidur. Bedtime Stories katakan. Apakan daya, inilah hidup dia.
Hakikatnya Jack suka mengembara. Bertambah sukanya apabila mendapat inspirasi dari seorang tokoh Islam, Syeikh Hassan al-Banna, seorang pengembara yang mengembara mencari kebenaran. Barangkali mungkin itulah yang dicari selama ini. Kebenaran.
Pada suatu hari yang cerahnya tidak seperti biasa, mungkin sebuah petanda, atap rumahnya bocor dan perlu dibaiki. Akan tetapi, ternyata fulus tidak mencukupi. Terpaksalah dia menjual kuda kesayangannya yang dihadiahkan oleh ibunya sempena ulang tahun ke-7. Walaubagaimanapun, ia cuma sebuah mainan kuda kayu yang bernama Trojan. Jadi, jual sahajalah.
Sementara berada di Bandar Istana, mempromosikan mainan itu, datang pula seorang pemuda yang berjubah putih tapi kelihatan seperti tua. Beliau menawarkan sebuah kotak dipenuhi kitab-kitab yang rupanya agak unik. Katanya kitab-kitab itu perlu dihantar ke sebuah bangunan yang namanya Masjid dan mereka akan mengganjarinya fulus. Pemuda itu kelihatan agak tergesa-gesa. Mungkin mahu ke tandas? Tidak lama selepas itu, bergema bunyi beberapa das tembakan. Hari jadi siapa pula ini?... eh?!
Pulang ke rumah dalam keadaan yang sangat letih (eh buat apa jer?), Jack meneliti Kitab yang diberi itu. Sungguh dahsyat, tidak pernah pula ia menyaksikan keunikan sebegini.
Pagi esoknya, belum sempat Inche Matahari nak bangkit, Jack sudah melangkah satu langkah keluar rumah. Mulakan perjalanannya dengan senyuman sedeqah. Mengembara mencari kebenaran mungkin?
Sudah sampai di sebuah destinasi yang tidak diketahui maklumatnya. Penat, duduk dan minum sebentar. Terpapar di hadapan matanya sebuah papan tanda tertulis "Masjid Far Far Away". Mungkin inilah tempatnya. Bangunannya agak cantik dan semestinya lebih cantik daripada rumahnya. Satu langkah ke dalam terasa bagaikan dipeluk aura yang sungguh kuat. Aura apakah ini?
Jack disambut meriah oleh insan-insan berjubah putih. Bersalaman, berpelukan, dan ber'ciumpipi'an bagaikan sudah seribu tahun berkenalan. Pertanyaan demi pertanyaan dijawab oleh Jack.
"Assalamualaikum akhi. Apa khabar hari ini?"
"Mak ayah sihat kat rumah?"
"Lapar? Sudah makan?"
"Siapa nama akhi?"
"Akhi datang jauh dari mana nih?"
"Apa hajat akhi ke mari?
Jack bersembang panjang lebar. Berta'aruf dan menceritakan hidupnya dari dulu sehingga kini. Dia tahu ahli-ahli jubah putih ini semuanya dipercayai. Syoknya berbual tidak kosong sampai terlupa hajatnya ke mari. Eh?! Dia tersedar dan mengambil kitab-kitab yang perlu dihantarnya.
"Allahu Akbar! Al-Quran sudah dijumpai!"
Al-Quran? Oh ya! Patutlah macam pernah dengar! Ayah Jack pernah membacakannya tetapi tidak sempat untuk mengajarnya. Ia telah disimpan secara diam-diam oleh musuh-musuh Islam di Bandar Istana agar Kalimah Allah tidak tertegak. Maka, di sini, mulalah sesi Usrah yang dikatakan tempat menanam benih Tarbiyah.
"Tarbiyah? Mungkin itulah aura yang kuat tadi."
Berbulan-bulan juga Jack berada di situ. Apakah kesudahannya? To be sambung...
No comments:
Post a Comment