20.3.13

Si Arnab Yang Futur!


Sudah semestinya kita pernah dengar akan sebuah lagenda Inche Kura yang berjaya mengangkat trophy ketika perlumbaan bersama Inche Arnab. Perlumbaan yang menakjubkan. Perlumbaan yang membuatkan kita tertanya-tanya, "Bagaimana perkara mustahil ini boleh berlaku?!". Tuan dan puan, Allah telah membuktikan kata-kataNya, "Kun Fa Yakun!". Jadi maka jadilah ia. Sudah lupa ceriteranya?


Inche Arnab terkenal dengan sifatnya yang laju berlari. Mungkin tidak sepantas larian Inche Cheetah tapi semestinya lebih laju dari Inche Siput. Hebat! Maka, dengan itu Inche Arnab terlupa akan dirinya dan alpa akan Allah sehingga menge'post'kan di Fesbuknya,

"Aku lari laju dari korang semua. Takde sape boleh kalahkan aku!
Mwahahaha! Amacam? Ada bran?"

Kawan-kawannya semua memang tidak boleh kalahkan dia kerana itu adalah hakikat. Tiba-tiba Inche Kura yang membaca post itu dengan deraninya meng'komen',

"Takyah nak bongkak sangatlah! Meh sini lumba dengan aku! Ade bran?"

Mahu tergelak? Ya! Tetapi inilah realiti. Akhirnya mereka berdua berlumba di sebuah tempat fantasi. Mulalah bisikan dari golongan murba.

"Tak boleh menang nih... takziah...apakan daya.."

Inche Kura masih tetap bersemangat kerana dia tahu Allah bersamanya. Das peluru ditembakkan, terkena seekor burung di atas, jatuh ke bawah, menandakan perlumbaan sudah bermula! Zaaaassss!

Inche Arnab meluru ke hadapan meninggalkan sebuah figur serupa kura-kura. Inche Kura sudah berada jauh di belakang, namun masih tetap bersemangat! Sementara menunggu, Inche Arnab pula berhenti di sebuah pokok berteduh. Ternampak buah durian di tepi dan menikmatinya sambil menunggu. Matanya mula memberat dan akhirnya terdampar di lautan alam fantasi. Zzzzzzz.

Inche Kura masih meneruskan perjuangan sehingga melepasi Inche Arnab yang nyenyak tidur. Sangat nyenyak sehingga tercipta sebuah 'peta' di atas tanah. Eh?!

Akhirnya Inche Arnab terbangun dek terdengar suara rakyat 1Kampung bersorak. Walawei! Inche Kura sudah dekat! Cepatin dongg! Allahu Akbar. Belum sempat Inche Arnab melangkah garisan penamat, Inche Kura pula sudah dikerumuni oleh mereka-mereka yang gembira. Tamatkah?

A truely sad story. Wait, don't cry yet.

Sebuah kisah perjuangan yang menggambarkan ibrah yang besar. Sungguh Jalan Dakwah itu saaaaangat panjang. Persis kata mutiara,

"Biar lambat asal selamat".

Tarbiyah memang mengambil masa yang sangat lama namun lebih selamat ketika berada di atas Jalan Dakwah nanti.

“Maka tetaplah (istiqamahlah) kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (11:112)

Inche Arnab merasakan kerja yang dilakukan itu sudah cukup dan memuaskan sehingga boleh rehat sebentar. Rehat di mana hatinya mula Futur. Inche Kura pula istiqamah dan konsisten dalam kerjanya dan tidak mengenal titik rehat. Terus menerus ke hadapan kerana dia tahu jalan itu masih panjang.

“Aku berkata,
“Wahai Rasulullah katakanlah kepadaku satu perkataan dalam Islam yang aku tidak akan bertanya kepada seorang pun selain engkau. Beliau bersabda, “Katakanlah, “Aku beriman kepada Allah, kemudian beristiqamahlah (jangan menyimpang).”
(HR Muslim)

Wahai para Da'ie! Jalan dakwah itu memang sangat panjang, barangkali sepanjang Tembok China atau lebih panjang. Teruslah bekerja! Teruslah berdakwah! Jangan pernah merasakan cukup dan puas selagi dunia masih dalam gelombang Jahiliyah! Jadilah seperti Inche Kura yang tidak terlalu laju tetapi berkonsisten dalam bekerja dan beristiqamah dalam meneruskan perjuangan!

#DakwahItuMudah JOM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...