3.3.13

Sembilan Belas Dua Empat!


Jatuh dan runtuhnya Khilafah Islamiyyah bukan sahaja menitiskan air mata seluruh penghuni bumi Turki malah ia telah mencalarkan hati dan meninggalkan parut yang tidak terubat ke seluruh Ummat Islam di seantero dunia!

Ramai penduduk bumi tertanya-tanya sambil menggaru kepala yang tidak gatal itu,

"Mac? 3 Mac 1924? Ada apa ya?"
"Apa yang nak dikecohkan hari ini, 3 Mac?"
"Eh, kau ingat birthday aku ya?"
"Sekejap, result SPM hari ini kah?... Oh silap. Result 20 Mac."

Ini Sejarah Kita! Wajib kita tahu dan mengkaji faktor-faktor, kesan dan sebagainya. Kita adalah Ummat Islam dan kita tidak akan jatuh ke dalam lubang yang sama buat kali kedua!

Siapakah Khalifah terakhir Ummat Islam sebelum jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah?



Mungkin ramai yang sudah kenal dan mungkin juga ramai yang tidak kenal.
Sultan Abdul Hamid II atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Pernah pada suatu ketika beliau mengatakan kepada puteri beliau yang akan memasuki usia aqil baligh,

"Anakku, ayah melihat orang-orang di sini sudah mulai memuji paras rupa dan kecantikanmu. Maka mulai hari ini ayah ingin kamu mengenakan hijab dengan sempurna, kerana kamu sudah menjadi wanita dewasa sekarang."

Begitulah ungkapan yang penuh dengan kasih sayang dan menandakan keprihatinan seorang khalifah kepada kaum wanita. Khalifah yang sangat dihormati!

:: 14 Ogos 1876 ::
Beliau dibai'ah dan diangkat menjadi Khalifah secara rasminya. Pemerintahan beliau sangatlah baik dan lancar, bergaul mesra dengan setiap lapisan masyarakat termasuklah orang yang berada di 'atas' dan yang berada di 'bawah'. Dahsyatnya kekhalifahan dan kebijaksanaan beliau sehinggakan nama beliau sering disebut dalam doa-doa setiap solat Jumu'ah. Hebbak kan?

(macam malaysia juga lah kan? nama sultan 'wajib' disebutkan dalam doa solat jumaat kononnya mengagungkan... huh?)

Bayangkan anda adalah seorang pemerintah negara anda. Kemudian sepanjang pemerintahan, anda dikelilingi dan dibayangi dengan unsur-unsur yang negatif umpamanya konspirasi jahat, pelbagai halangan, fitnah dalam negeri, perang di luar negeri, ancaman globalisasi dan sebagainya. Bunyi seperti Malaysia kan? Eh?! Akan tetapi inilah yang dihadapi oleh Khalifah Sultan Abdul Hamid II. Namun pemerintahannya masih dalam keadaan yang baik dan dinaungi oleh Kuasa Allah!

Ketika ini luasnya bumi Turki membentang dari timur ke barat dan Tanah Palestin termasuk wilayah di bawah kekuasaannya. Sungguh bukan? Kerajaan Turki Uthmaniyah dahulu pernah menjalinkan hubungan diplomatik dengan kesultanan-kesultanan Islam di Asia Tenggara. Mungkin termasuk kesultanan Melayu juga?

Pernah dengar tentang Yahudi dan Zionis yang ingin menubuhkan negara laknatullahi 'alaih, negara haram Yahudi di Palestin? Barangkali ia juga adalah faktor jatuhnya Khilafah Islamiyyah.

Ya! Mereka telah merancang dan berkonspirasi untuk menjatuhkan Sultan Abdul Hamid II yang telah menjadi penghalang utama untuk menubuhkan negara haram itu!

:: Tahun 1892 ::
Sekelompok Yahudi Rusia datang dan membuat permohonan kepada Sultan Abdul Hamid II untuk mendapatkan izin tinggal di Palestin. Jawab beliau,

"Pemerintahan Uthmaniyah memaklumkan kepada seluruh kaum Yahudi yang ingin berhijrah ke Turki bahawa mereka tidak akan diizinkan menetap di Palestin"

Siapa yang tidak kecewa dengan jawapan sebegitu bukan?

:: Tahun 1896 ::
Theodor Herzl, pengasas Israel sekarang, memberanikan dirinya bertemu Sultan Abdul Hamid II lalu meminta izin untuk mendirikan perniagaan di Al-Quds. Jawab beliau,

"Sesungguhnya jajahan Uthmani ini adalah milik rakyatnya. Mereka tidak akan menyetujui permintaan itu. Sebab itu simpanlah kekayaan kalian itu dalam kantung kalian sendiri"

:: 29-31 Ogos 1897 ::
Strategi ketiga. Konferens Basil diadakan di Switzerland dalam merumuskan strategi untuk menjatuhkan Khilafah Uthmaniyyah. Aktiviti mereka menjadi-jadi menyebabkan Sultan Abdul Hamid II bertindak untuk mengharamkan penjualan tanah kepada Yahudi di Palestin.

:: Tahun 1902 ::
Theodor Herzl datang dan bertemu sekali lagi dengan Sultan Abdul Hamid II untuk membuat sogokan atau rasuah! Antaranya:



1) 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.
2) Membayar semua hutang pemerintah Uthmaniyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggeris.
3) Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan biaya 120 juta Frank.
4) Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga.
5) Membangunkan Universiti Uthmaniyah di Palestin.

Lumayan bukan? Kalaulah saya tiada hati dan iman, mengikut nafsu sendiri, saya akan ambil nombor 1. Dapat duit banyak. Boleh bayar hutang pemerintah. Rasanya kalau buat Universiti pon boleh. 

Namun Sultan menolak dan wakilkan PM untuk bertemu dengan pesanan,

"Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangnya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana ia bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka. Jika Khilafah Uthmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup."

Jawapan yang menusuk kalbu. Sentap.

Maka, mulalah gerakan secara besar-besaran untuk menumpaskan Sultan Abdul Hamid II sehingga beliau diusir, dipenjara dan akhirnya meninggal pada tahun 1918. Allah bersamanya!



Bermulalah pemerintahan baru oleh 'wira' yang dikenali dengan nama Mustapha Kemal Ataturk. Bagi saya beliau adalah seorang yang sangat hebat dalam politik dan pemerintahan. Kenapa? Tak puas hati dengan saya? (Cis! Hehe) Memang beliau hebat namun beliau juga adalah PENGKHIANAT kepada Islam. Pada awalnya nampak seperti pemerintahan Islam, kemudian disekularkan dengan Ideologi sekularisme barat.

Boleh kata beliau adalah Orientalis. Mempelajari Islam untuk memusnahkan Islam. Na'udzubillah min dzalik!

Seorang Menteri British pernah mengatakan sebelum Perang Dunia Kedua,

"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Khilafah so we must ensure that there will never rise again unity for the Muslims whether it be intellectual or actual unity."

Hakikatnya, para kuffar memang takut akan kebangkitan Islam dan perpaduan Islam itu sendiri. Konsep Rasulullah untuk berpegang pada Al-Quran dan As-Sunnah sebenarnya adalah konsep yang sangat penting dalam hidup jika diamalkan dengan sebenar-benarnya!

Sabda Rasulullah SAW:
"Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah."
(HR Imam Malik)

Bagaimanakah KITA sekarang? Di manakah usaha kita untuk kembalikan ISLAM? Ayuh kita kembalikan kegemilangan Islam dahulu dan capai matlamat kita, USTAZIATUL 'ALAM.

03031924
"Kain hitam yang takkan menjadi putih walaupun dicuci"

#DakwahItuMudah JOM!

Sumber:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...