22.1.14

Goncang Pokok Itu!

"Bi Iznillah."

Anda mungkin sudah berjuta, berbillion kali mendengarkan atau diceritakan kisah-kisah Allah's Messenger atau drama-drama Nabi kita terdahulu, baik di sekolah secara formal mahupun di rumah atau di luar secara informal.

Ini sedikit dari kisah salah seorang Nabi kita yang awesome. Nabi yang terkenal bukan sahaja dalam kalangan Muslim, tapi di'fanatik'kan juga oleh golongan Keristiyans.

Sedikit dari kisah The Talking Fatherless Baby, the son of Maryam.



Perasan kah anda bahawa Allah telah banyak kali berkomunikasi dengan anda? Ini bukan interaction yang sehari sahaja atau dua bulan, akan tetapi Allah telah berkomunikasi dengan kita sepanjang kita hidup, sehinggakan Dia terlalu menyayangi kita, Dia beri kita surat cintaNya untuk kita simpan buat selama-lamanya. Tak perasan? Orang bisu tidak berkata dengan mulut kan?

Maka Al-Quran adalah komunikasiNya terhadap kita. Maka, dalam surat cinta ini, Allah telah menerangkan kepada kita kisah Ibn Maryam, menunjukkan kebesaranNya yang Agung.

"Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak."
[19:25]

Saya assume anda tahu ceritera ketika Maryam ditemukan dengan Malaikat Jibril dalam bentuk dan rupa manusia yg sempurna, menghantar mesej dari Allah mengenai anak Maryam yg suci.

Ketika Maryam mengandungkan Nabi 'Isa, ia pon menyandarkan dirinya ke pangkal sebatang pohon kurma kerana sakit beranak. Tidak tenang. Tidak tenteram. Tanpa diduga, Allah menyuruhNya menggegarkan batang pohon kurma itu, agar buahnya jatuh.

Allah memberi arahan dan suruhan kepada Maryam, menyuruhnya (suka atau tidak) untuk menggegarkan, menggoncangkan, menggoyangkan pohon tamar yang batangnya bukanlah seperti bunga Daffodil, tetapi seperti pokok kelapa sawit, bersaiz sederhana. Namun dengan berfikir panjang, nak tak nak, Maryam akur dengan perintahNya itu walau berada dalam keadaan yang begitu tenat, sakit sangat.

Dengan harapan, perbuatan ini dapat menjatuhkan atau menggugurkan buah tamar itu untuk ia menikmati. Mudah untuk kita bayangkan. Cuba anda goncangkan pokok kelapa, jatuh atau tidak buahnya?

"Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah kamu kepada Allah, taatilah juga RasulNya Muhammad, dan ulil amri (pemegang kuasa) di antara kamu..."
[4:59]

Sudah pasti kita mahu tergolong dalam golongan orang yg beriman, bukan? Maka, mentaati Allah, dengan melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan laranganNya, anda mampu mencapai impian dan mimpi anda itu. Sepertimana Maryam yang mentaati dan patuh pada arahan Allah untuk menggoncangkan pohon tamar yang besar itu.

Kadang-kadang, pernah juga terlintas di main road hati kita tanpa melihat kiri kanan, bagaimana mungkin benda atau perkara yang mustahil itu, kita nak usahakan jugak..?

Memang kita akan merasakan perkara yang tampak mustahil itu memang mustahil untuk diusahakan, namun kita juga takkan tahu ianya mustahil tanpa kita mengusahakannya sehabis mungkin... bukan?

Jaooooooohhh di dalam benak hati kita, ada sedikit perasaan yang menghasut kita dengan provokasi,

"Kau takleh pegi ajuh sangat untuk exam bro.. rilek2 sudah.. main games dulu."

"Uish.. susah gila doohh nih.. takyah pikir sangatlah.. sakit kepala nanti."

"Alaaahh.. takyah nak usaha sangatlah.. kalau dapat score pon sama jer.. tak memuaskan jugak.."

"Kau nak buat apa belajar tinggi2 sangat nih? Kerja cashier pon ok kot nanti.. watlek watpeace."

"Takyahlah bajet sangat pakai baju melayu, kopiah bagai nih.. bukan nak berubah pon.."

Sedangkan Islam mampu menang dengan bilangan yang sangat kecil  dan sedikit sahaja dalam Perang Badar, tiada apa yang mustahil dengan kekuasaanMu ya Allah!

Goncanglah pokok itu dan gapailah tamar yang masak itu!

Allahumma berkatilah usaha kami, ke arah kejayaan duniawi mahupun ukhrawi.

Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...