4.1.14

Kekasih Allah yang Taiko!

"Bi Iznillah."

"Aku lah taiko Sekolah Kebangsaan Lipas Bersatu! Semua budak takut dengan aku!"

*lipas lalu sambil senyum*

"Aaaaaaaaaaaaaahhhhh!!! Lipassssssssssssss!!! Aaaaaaaaaaahhhhh!!"

*sigh*

"Sungguh engkau (Muhammad) tidak dapat memberi petunjuk kepada orang yang engkau kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang Dia kehendaki, dan Dia lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk."
[28:56]

Dalam proses kita nak mengajak kawan-kawan kita, sahabat-sahabat kita, teman-teman kita, member-member kita, anak buah kita, atau sesiapa sahaja, memang akan ada penentangan, keengganan dari pihak 'lawan'. Itulah fitrah dalam berdakwah, kerana Nabi kita juga pernah menghadapi situasi yang sama malah lebih dahsyat dan ekstrim lagi dari kita. (pfft, of course lah)

Malah pernah suatu ketika dahulu, ketika zaman jaooooooohhh sebelum Tanah Melayu merdeka (kononnya), di zaman sekitar Tahun Dukacita Rasulullah, baginda berasa sangat tertekan kerana perginya dua orang yg disayanginya, Abu Talib dan Khadijah, ditambah pula pemulauan oleh kaum Quraisy, memang sakit.

Kalau kita? Dah give up kot.

Memikirkan semula dakwahnya yang agak kurang berjaya sedikit di Makkah, baginda mensasarkan target masyarakat di luar Makkah, penduduk Ta'if. Berdasarkan kitab sirah Rahiq Makhtum, Rasulullah berada dalam kalangan penduduk Ta'if selama sepuluh hari, berdakwah dan mengajak mereka. Dikatakan tiada seorang pun pembesar yang tidak didakwah oleh baginda. Wow. Seriously?

Walaupun semuanya didakwah oleh baginda, namun feedback yang baginda terima memang di luar jangkaan kita dan kalau teruk pon, memang jauh lebih teruk dari apa yang kita bayangkan. Dalam perjalanan Rasulullah pulang keluar dari Ta'if, para penduduk diseru untuk memaki hamun, mencai, mencerca, melontar batu, sehinggakan kanak-kanak pon ada yang ikut.

Meletup kepala.

Anda mungkin pernah dengar tentang kebesaran Red Carpet zaman sekarang, ye? Jalan yang biasanya dilalui mereka yang bajet famous, yang kononnya dihormati ramai, disanjungi, disayangi.

Red Carpet Rasulullah? Inilah dia. berjalan dengan darah berlumuran, dihentam oleh mereka yang kafir, luka sini, luka sana. Allah.

Tabahnya nabi yang kita sayangi dengan melaksanakan sunnahnya, kerana baginda memahami perlunya ditegakkan kalimah Allah dan merasai kepentingan menyebarkan islam dan dakwah.

Nabi Muhammad, Rasul terakhir yang diutuskan Allah, kekasihNya, memang 'taiko' di hatiku. Nak tahu hasil dakwah baginda sehingga sekarang? Fahamilah sendiri dan lihatlah perkembangan agama rahmat ini di seluruh dunia.

Dakwah Nabi memang Hard Rock!

Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...