2.1.14

Selamat Hari Baru!

"Bi Iznillah."

"Maaaaasya Allah..! Nobita, sejak bila kau berpakaian serba putih, sesuci syurga, berbau kasturi malah lebih wangi nih...?"

"Ape kau nih? Dah lame kot aku berubah. Dari tahun lepas lagi. Kau kawan rapat aku, satu kolej, satu floor, satu bilik, satu katil, satu bath tub pon tak perasan? Kecewa aku...sob.."

"Aikk... bila pulak?"

"31 Disember 2013. Hehh."



Sesetengah daripada penduduk bumi menyatakan perpindahan dari nombor 2012 ke 2013, atau 2013 ke 2014, atau 2014 ke 2015 sangatlah bermakna dalam kehidupan kita.

Sebahagian yang lain pulak hanya chillax dengan statement mereka yg berbunyi, "Its only a number braaaawh.". Ada sebilangan juga yang tak kisah pon.

Pernah suatu ketika dahulu, di zaman pemerintahan Raja Dikyanus yang zalim, beberapa orang pemuda meng'evacuate' diri ke dalam gua demi menyelamatkan iman dan aqidah yg terbuku dalam bena jiwa. Allah tidurkan mereka. Bila mereka bangun sahaja, berlaku sebuah perselisihan. Mereka berselisih tentang berapa hari mereka telah tidur, dan akhirnya, lebih baik diserahkan sahaja kepada Allah yang Maha Mengetahui. Tak perlu nak jadikan isu.

Di ambang tahun baru, ada sahaja events yang berlaku bukan sahaja di Malaysia tapi di seluruuuuuuuuh bumi yang berbentuk sfera. Events tuh ada pada hari tuh sahaja, tiada pada hari lain, bulan lain, tahun lain. Maka bertambah rakuslah makhluk-makhluk yang berakal itu. Nak pergi itu, nak pergi ini, nak beli itu, nak beli ini, nak buat itu, nak buat ini, nak tengok itu, nak tengok ini.

Tahun Baru Azam Baru. Satu statement yang biasa diperdengar di gegendang telinga. In my opinions, Setiap hari adalah azam baru, kerana hari hari yang kita lalui, semalam, kelmarin, esok, lusa, setiap hari adalah hari yang baru dan berbeza. Maka, sepatutnya Hari Baru Azam Baru lah kan?

"Hati kita berubah lebih cepat daripada air yang mendidih dalam periuk."
[HR Ahmad]

Dan percayalah, tak ramai yang dapat capai azam tahun baru (espeseli me). Sedangkan hati kita, niat kita, sentiasa berubah malah lebih cepat daripada air yg mendidih, inikan pula nak bertahan setahun punya azam. Memang payah kot.

New Year tak New Year, takkan nak tunggu setahun untuk berubah? Hari Baru Azam Baru!

Everyday is a change, a positive change.

Life is a game. Play it wisely or suffer game over.

2014.

Allah.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...