*Sigh*
"Haisehh... rindunya dia. Seminggu bercuti di kampung, tak berjumpa ngan dia macam setahun punya rindu. Berborak, bergelak tawa, buat esaimen sama-sama, bergaduh sekali dua..."
"Amboih... baru seminggu bercuti, dah rindu. Dengan Jenipeh Lopekz eh? Fehooweett...!"
"Eh tak lah. Rindu ngan kucing aku kat bandar tuh. Hmm..."
Apa lagi ciri-ciri sahabat yg perlu kita dan anda semua ada?
3) Jujur!
Bicara masyarakat kini, "Jujurlah walaupun pahit." Kadang-kadang ada sahaja perkara yang mengganggu frequency pemikiran dan kotak siaran minda kita bila menghadapi bermacam ragam perlakuan sahabat kita. Bila dia buat ini, kita pula rasa ini. Bila dia buat itu, kita pula rasa itu. Hati pula sentiasa runsing sama ada mahu jujur atau tidak.
Kata mereka, mahu menjaga hati sahabat. Ya! Tapi kalau sahabat kita, betul-betul secara zahirnya buat kemungkaran depan mata kita, nak menjaga hati dengan tidak menegur? Tidak. Bila dia buat salah, kita tegur, kita kritik dgn tujuan kita nak dia jadi lebih baik dari sebelumnya. Kata nak jaga hati kan? Tegurlah dia agar hatinya sentiasa bermuhasabah. Dia terima atau tidak, itu cerita kedua di kedai kopi nanti.
4) Menjadi seorang yang Khalil!
*Cari kamus bahasa Melayu, mencari di bahagian huruf k. Belek-belek kamus inggelish pulak. Tangan melaju mengelup peluh di dahi.*
Eh, mana perkataan khalil nih? Apa maksudnya? Bahasa apakah? Haaa...!
Check dalam kamus bahasa arab mungkin? Khalil, secara bahasa, ertinya kawan, teman, rakan, atau sahabat. Tapi Khalil dikatakan sebagai kawan yang bukan kawan biasa tapi kawan yang luarbiasa, sahabat yang setia hujung nyawa. Lebih dari sebuah persahabatan yang biasa-biasa, yang suka melepak bersama, yang main bola bersama-sama, yang merompak bersama-sama... (eh taklah.).
Ketika mana kita berjauhan dengan sahabat kita itu, kita selalu merindui dan mengenang gelagatnya yang mengingatkan kita pada Allah dan rasulnya. Ada kalanya sampai orang tanya kita, "awat hang senyum sorang2 jer? gila pa...?".
Jadilah sahabat yang khalil, sahabat yang sangat rapat dengan sahabatnya itu. Persahabatan dengan ikatan ukhuwah dan aqidah. Sama-sama mengingati Allah dan menjejaki syurgaNya bersama. InsyaAllah.
5) Pembangkit ketika terjatuh!
Familiar tak dengan nama.. ermm... psstt... *bisik*.... syaaaitaaannn. Kalau saya tanya anda pernah berkawan atau bersahabat dengan syaitan, senang tak nak jawab 'TIDAK' dengan jujur? Syaitan nih pandai buat kawan tahu. Ianya seperti seorang penasihat raja.
"Psst, bro, jom lah minum dulu. Solat nanti. Kan makruh kalau perut tuh berbunyi tak henti-henti. Minumlah dulu. Lepak jap. Borak skit..."
Kita pun terikut-ikut bisikannya, secara tak sedar kita dah macam berkawan dengan dia. Kata remaja, dah jadi member-member dah sekarang. Namun, Syaitan nih, bila kita dah terbuat dosa, terlanjur kata dan hilang dara, berada dalam kesusahan, dia akan lari dan berambus pergi macam tuh sahaja. Dia takkan tolong. Ya, sangat zalim.
Andainya tidak mahu jadi seperti syaitan, maka latihlah diri untuk menjadi Genuine Friend, sahabat yang jujur dan ikhlas untuk berkawan. Bila kita susah, sahabat kita datang, tolong kita, belanja kita makan, bagi nasihat percuma. Bila dia pula yg susah, kita pun turut membantunya. Bukankah indah persahabatan seperti ini?
Wallahua'lam.
*****
Syukran buat Akh Aiman Azlan atas penyampaiannya dalam program Mini Islamic Talk yang telah berlangsung di Dewan Gemilang, Kolej Kediaman Kedua Belas, University Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, Asia Tenggara, Asia, Bumi.
"Sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara keduanya yang berselisih itu, dan bertakwalah kepada Allah agar kamu mendapat rahmat."
(49:10)
"Tidak beriman salah seorang diantara kamu sampai ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri."
(HR Bukhari & Muslim)
"Perumpamaan orang-orang mukmin dalam hal kasih, sayang dan kecenderungan jiwa (simpati) seperti perumpamaan jasad/tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit maka seluruh tubuh akan merasakannya, yaitu tidak bisa tidur dan (sakit) demam."
(HR Ahmad, Baihaqi, Muslim, Thabrani dan Qudha‘i. Adapun lafazh hadits menurut riwayat Imam Muslim)
No comments:
Post a Comment