Ijlis bina, nu'min sa'ah! |
Tahu tak minuman apa paling sedap semenjak bergelar pre-mahasiswa nih?
*tangan meluru ke dalam tin biskut tanpa membuka penutupnya, diambil dan digenggamnya sebuah paket 3 in 1, ambil cawan, buka paket dan tuang serbuk, jirus air panas ke dalam cawan, dan bancuh sebancuh-bancuhnya.*
Mmmmmm...! Sedapnya bila 'stay up', burning the midnight oil, sambil minum 3 cawan COFFEE!
Haaa! Tahu tak apa yang lagi sedap daripada COFFEE?
"Daging 'behaabee' lagi sedap!"
"Eh! Kaki manusia lagi sedaplah!"
"Ah! Makan darah, daging saudara sendiri sambil gelak-gelak lagi sedap maa..!"
Aduh.
Sahabat nabi, Mu'adz ibn Jabal, pernah menyeru pada sahabatnya,
"Ohoi! Duduklah bersama kami, kita beriman sejenak!"
Ya! Manusia memang takkan terlepas dari alpa dan dosa. Setiap detik, saat, minit, jam, hari, minggu, waktunya memang akan ada hasutan yang mengajak berfoya-foya dan melakukan perkara-perkara luar tabi'ie.
Dalam seharian yang kita lalui, mungkin tak sampai setengah hari pon waktu kita mengingati Allah. Mungkin ketika solat sahaja, itupun sekejap, kemudian lupa semula. Tapi kalau yang tertinggal subuh dan isyak pula? Erk!
Maka, duduklah sebentar di Majlis Ilmu, Majlis Ta'alim atau duduklah bersama para Syuyukh untuk cas semula aura iman yang kian lama menunggu sebuah charger. Duduk dan berimanlah sebentar, mengingati Allah, muhasabah dosa tiap detik, mengenang kembali, apakah matlamat hidup sebenar..?
Astaghfirullah.
Oh, apa yang lebih sedap dari minum 3 cawan coffee BTMO (Burn The Midnight Oil)?
Haa! Minum 3 cawan coffee bersama siblings Halaqah, ahli Usrah, member-member Konferens Riang...
Oh indahnya pembinaan Individu Muslim itu!
Allah.
No comments:
Post a Comment