"Kawan? Sahabat? Bro..! Aku tak perlukan semua tuh lah. Aku boleh survive sendiri. Apa yg dorang boleh buat?"
"aduhai, duit banyak sangat nih, nak belanja sape ek??"
"Eh eh, dengaq cite burger king baru bukak sekitar sini. Jom?"
Sahabat.
Secara tak langsung, kita semua ada sahabat, bukan? Masuk alam persekolahan, kenal dia nih, kenal dia tuh, tiba-tiba jer dah jadi kawan. Kadang-kadang kita sendiri tak ingat siapa yg nak berkawan dengan siapa. Automatically, kita pon gelar dia 'kawan', 'teman', dan 'sahabat'.
Dan barangkali, kita juga tak sedar, kenapa kita perlukan Sahabat?
Sedangkan Nabi Musa a.s. sendiri perlukan seorang sahabat, perlukan seorang peneman, kenapa pula kita tidak, bukan? Ketika itu Nabi Musa diperintahkan oleh Allah agar pergi berdakwah kepada Raja Fir'aun yang telah melampaui batas. Nabi Musa sangat nervous. Ya! Walaupun baginda seorang Nabi, baginda tetap ada sifat-sifat kemanusiaan. Maka, baginda merayu pada Allah:
"Ya Tuhanku, sungguh aku telah membunuh salah seorang dari mereka, sehingga aku takut mereka akan membunuhku. Dan saudaraku, Harun, dia lebih fasih lidahnya daripada aku, maka utuslah dia bersamaku sebagai pembantuku untuk membenarkan perkataanku, sungguh aku takut mereka akan mendustakanku."
(28:33-34)
Kita lihat pula dari segi scientific. Huhhh...?! Scientific? Pfft.
Kenal Charles Robert Darwin? Pernah tahu mengenai Teori Evolusi? Or bahasa jawanya, Evolution Theory, pernah dengar? Para saintis telah membuat kajian mengenai orang-orang terdahulu. Cavemens, orang gua, orang yg kurang bertamadun, pakai cawat mcm takde syahwat je. Mereka dahulunya memang tidak sistematik, tapi mereka hidup berkelompok. Mereka perlukan antara satu sama lain. Kajian menyatakan bahawa dgn adanya kelompok, mereka dapat hidup atau survive lebih lama berbanding hidup seorang diri. Teman.
Fitrahnya, manusia memang perlukan seseorang di sisi. Nabi Adam juga ketika baginda diturunkan ke bumi, hidup seorang diri, baginda request agar ada peneman di sisi. Maka Allah jadikan Hawa daripada tulang rusuk Nabi Adam. Logikanya, memang bosan kalau hany berseorangan, bukan?
3S - Sahabat Sampai Syurga!
Persahabatan jangka panjang tidaklah hanya setakat sampai mati sahaja. Bahkan lebih jauh lagi daripada perhentian kubur. Persahabatan yang kekal berpanjangan adalah yang kekal sehingga ke akhirat sana.
So.... nak cari sahabat yang macam mana nih? Susahnya nak cari yang kekal sampai akhirat...??
Tanya pada diri dahulu, " What kind of a friend should I be?".
Kalaulah mindset kita, nak cari sahabat yang ikut citarasa kita, susah jugak sebab semua orang punya mindset sama je.Kita selalu terlupa bahawa ketika mencari sahabat, kita juga bakal menjadi sahabat kepada org lain. Maka tukar mindset kita, nak jadi sahabat yang macam mana?
*dupdap*dupdap*dupdap*
Rrrrriiiiinnnngggg!
"Hello, salam 'alaik. Yo Bro? Nak keluar cari barang untuk projek? Kat mana? Pasar Seni? Ok. On."
*sigh*
Eh, jap, ciri-ciri apa yang perlu ada nih? Huhhh??!
Allah.
No comments:
Post a Comment