14.12.13

Sebuah Insepsi

"Bi Iznillah."

Dunia ini hanyalah sebuah mimpi, kerana itulah adanya istilah 'Dunia Hanyalah Sementara'. Mimpi yang sementara tapi tidak tahu akhirnya bila.

Maka lahirnya makhluk berkaki dua, bertangan dua, bermata dua, bertelinga dua, sebatang hidung, sebiji mulut, rumput hitam kepala, boleh berjalan, boleh bertepuk tampar dan sebagainya, adalah sebagai Sang Pemimpi.

Sang Pemimpi pon berjalan dengan dua kakinya, melihat keindahan mimpi yang Allah ciptakan. Eh jap, apa fanksyen Sang Pemimpi nih pulak?

Haaaa... duduk jap, shisha sebentar... eh?! Teh Tarik sebentar...

Sang Pemimpi dihantar oleh bosnya, Allah The Almighty. Maka sudah tentu ada tujuan bos besar buat begitu? Bos besar sebenarnya ada sebuah idea yang magnificent mahu disampaikan dan ditanamkan kepada makhluk-makhluknya, dan Dia sampaikan melalui Sang Pemimpi Nya.

Tapi setapi-tapinya, tak semua Sang Pemimpi bejaya menanam idea itu!

Ada yang separuh jalan dah terbangun dari mimpi! Ada yang tersasar terus dan terlupa bahawa dia sedang bermimpi! Ada yg lupa terus bahawa mimpi ini hanyalah sementara, kena cepat buat kerja! Tak ramai yang berjaya menanam idea itu kebelakangan ini. Allah pon hantar lagi dan lagi sehingga idea ini ditanam di seluruh dunia.

Apakah IDEA ini sebenarnya? Sangat pentingkah?

Sang Pemimpi pertama yang berjaya menanam idea ini adalah Rasulullah. Dapat clue apakah IDEA itu?

Fikirlah sekali dua kali. Nak fikir berkali-kali pon boleh. Nak fikir botingkek-tingkek pon digalakkan.


INSEPSI.

(Ada ke dalam kamus? Tak kot. Entah.)





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...