Matlamat dan Alat |
"Matyo, apa yang kau selalu main tuh... ermm... apa dia ek... Haaa! Bola Sepak! Aku tak faham, sebenarnya main macam mana?"
"Acah-acah jer kau nih.. senang jer. Matlamat permainan adalah menjaringkan gol, tapi untuk menjaringkan gol itu ada caranya, ada alatnya. Kau boleh guna taktik, main ikut strategi, main skills, main solo, one-two dan macam-macam cara lagi. Apa yang penting, jangan lupa matlamatnya yg utama iaitu menjaringkan GOL! Haaa! Pehal?"
Sedangkan sekecil-kecil permainan seperti bola sepak pon ada matlamat dan alatnya yg tersendiri, inikan pula manusia? Sudah semestinya dan sememangnya ada! Jika kita yakin bahawa Allah itu Maha Esa dan Maha Pencipta, sudah tentu kita yakin bahawa Dia tidak akan mencipta sesuatu itu dengan sia-sia bukan?
Hanya dengan melihat sesuatu makanan asasi yang hampir setiap hari kita makan (terutamanya kebanyakan student dengan Nasi Bujang mereka... ehem..), hanya dengan melihat sebuah telur, kita dapat berfikir lebih dari bentuk luarannya yg sedikit oval dan literal.
Its time we think metaphorically.
Telur ayam. Komponen yang wajib ada dalam telur ayam, kuning telur dan putih telur. Kuning telur lah yang akan menjadi anak ayam dan semestinya komponen inilah matlamat sesebiji telur. Namun, Kuning telur itu tidak dapat nak evolve kan dirinya tanpa ada supplemen protein dan khasiat lain dari Putih telur.
Sesebuah matlamat itu takkan dicapai tanpa ada alat-alat atau medium-medium yg external. Walau seremeh mana pon matlamatnya, ia tetap memerlukan walau sedikit alat untuk mencapainya.
Matlamat hidup nak mati? Perlukan alat pembunuhan? Perlukan pemangsa?
Matlamat hidup nak bernafas sahaja? Perlukan jantung dan hati dan sistem pernafasan dan oxygen dan... errr...?
Tapi apa kaitan dengan kita, Manusia pulak? Manusia lahir secara birth bukan telur...? Eh, manusia pon dicipta dari air yg sangat hina, air mani, sperma yang bercantum dengan ovum. Telur jugak tuh kan?
"... Sesungguhnya Aku ingin mecipta, menjadikan seorang KHALIFAH di atas muka bumi..."
[2:30]
"Dan Aku tak ciptakan Jin dan manusia itu melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepadaKU."
[51:56]
Kuning Telur manusia, atau specifically, Muslim adalah menjadi seorang Khalifah dan seorang 'Abid! Menegakkan syari'ah Allah dan keadilan di atas muka bumi. Menyebarkan islam kepada masyarakat jahiliyah. Melakukan segala-galanya semata-mata nak dapatkan mardhatillah. Mengabdikan diri dalam segala hal untuk mencari redha Tuhan yang Menguasai Hari Pembalasan!.
Tetapi perlu ingat juga bahawa semua ini hanya akan menjadi sebuah mimpi yg anda sendiri tak nak bangun dari mimpi itu melainkan anda capai melalui Telur Putih, alat dan medium dakwah kita. Di sinilah datang perkara-perkara duniawi yang bermanfaat.
Pancaindera yang berfungsi dengan elok, status sebagai seorang student atau pekerja di medan masing-masing. Belajar bersungguh-sungguh, ilmu yang bermanfaat, dan bermacam-macam lagi. Ini semua adalah Putih Telur yang akan membantu kita mencapai matlamat utama, menegakkan Kalimah Allah ke seantero dunia!
Konkelusinya, yang manakah lebih penting, Kuning Telur atau Putih Telur?
Allah.
No comments:
Post a Comment