"Enta jalan jer terus Jid. Nanti depan sikit, masuk kanan."
Mata tengok peta, membaca jalan dengan teliti.
"Eh eh, Jid, patut masuk kanan tadi... takpe-takpe, boleh pusing jauh sana."
Sebuah pengalaman yang sedikit mentarbiyah diri.
Daripada Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bangi, bergerak ke Big Bad Wolf di MIECC Mines Serdang. Kenudian ke Hentian Kajang. Maka bermula perjalanan menuju ke UM, jalan yang dekat, tapi tak sampai-sampai walaupun dah berjam-jam.
Memandu kereta dari satu destinasi ke destinasi yang diingini umpama membawa hidup dari kecil hingga sudah besar, membawa kepada satu Pencipta, sebuah destinasi akhir yang abadi.
Di KL (KayEl, Kuala Lumpur, Kolumpo, Kuah Lelumpur, Kotarayaku) dengan jalan yang beribu hala, highway yang malapetaka, kalau tidak kenal jalan, entah ke mana-mana entah boleh sampai.
Banyak juga tempat yang jarang tahu dan dilalui ketika sesat di KL, Puchong, Bandar Saujana Putra, Teluk Panglima Garang, Taman Sri Medan, Kampung Sijangkang, Taman Sentosa, USJ, Subang Jaya, Bandar Sunway, Petaling Jaya.... (banyak lagi kot..?)
Dalam perjalanan kita nak menuju destinasi akhir kita, yakni Syurga, kita akan melalui banyak rintangan dan paling pedih bila kena bisik dengan puak Syaitan. Sepatutnya straight sahaja, tiba-tiba pulak termasuk highway belah kiri. Last-last terpesong jauh dari Highway yang sepatutnya, maka terpaksa mencari jalan pusing semula dengan menggukan peta dan GPS. Itulah panduan kita, itulah Al-Quran (kata muslim lah).
Mengenali sesuatu yang baru ketika sesat itulah umpama jahiliyah yang baru kita nak berjinak. Bila sudah masuk ke Highway yang betul, terkenang pula tempat-tempat yg dilalui itu dan senyum seorang diri macam kena rasuk hantu bahagia. Mengenang dosa-dosa yang telah kita lakukan dahulu dan berasa lucu dengannya.
Think positive, segala yang terjadi ada hikmahnya. Belajar agar tidak jatuh ke dalam lubang yg sama dua kali. Dapatlah juga tahu jalan, tempat dan sebagainya. Paling penting dapat dekatkan lagi diri dengan Allah. Ketika sesat inilah kita rasa gelisah dan memohon sangat kepada Allah agar diberi petunjuk jalan. Allah.
Jalan nak menuju Allah dan syurgaNya sebenarnya senang sahaja. Jalannya memang straight sahaja dan kena patuhi peraturan jalanraya. Kalau tidak, maka jadilah jalan berliku-liku, masuk sini, masuk sana, akhirnya entah ke mana-mana.
Tapi Highway kehidupan ini ada jalan shortcut. Tahu?
Dakwah ilallah - Sunnah Terbesar Nabi.
Allah.
Saajid, Irsyad, Afiq |
No comments:
Post a Comment