17.12.13

Result Slip Hanyalah Kertas!

"Bi Iznillah."

"Weyh Mat! Kau dapat 4flat kan? Gempak shiaaa! @#%#%*%*$#$%!"

"Takleh go on ahh gini.. takde life dowh..."

"Aaaaaaaaaarghhhhhhh... matilah aku nanti tunjuk kat mak bapak aku...!"




Minggu ini keputusan Final Exam Semester 1 bagi PASUM 13/14 akan meletupkan kepala pelajar-pelajarnya seperti meletusnya Merapi Volcano!

Fitrahnya, akan ada yang cemerlang, gemilang, terbilang, terhilang... eh?! Dan sebaliknya ada pula yang uncemerlang, ungemilang, unterbilang, dan terus menghilang sehilang-hilangnya.

"Bro relaks, ini Allah yang bagi... sabar. Mungkin ada hikmahnya... mungkin tempat kau bukan kat sini..?"

Kebanyakan orang akan 'dihentam' atau dinasihat dengan sebegini rupa. Memang bosan dengar benda yang sangat cliche dan mainstream macam nih.

"Bro, kau tak rasa apa yang aku rasa.. kau tau ape?"

"Eh, taklah, aku pon fail jugak. Minum kopi jom?"

Result yang Allah bagi itu sebenarnya memang ada hikmah. Seolah-olah Allah nak kata sesuatu pada kita. Mungkin Allah nak suruh kita mengingatiNya semula? Mungkin Dia nak kata kita solat kita belum cukup terjaga? Mungkin Dia nak suruh kita perbanyakkan doa dan bersangka baik denganNya?

Siapa tahu kan?

Kadang-kadang ada sahaja peristiwa di mana kawan yang kita expect dia akan cemerlang tapi dapat result sebaliknya. Memang akan ada unexpected events dan itulah barangkali Kekuasaan Allah!

Segala apa yang kita dapat memang perlu reflects semula pada diri. Mungkin kita tak cukup rajin untuk belajar, main-main dalam kelas tak fokus. Mungkin juga kita cukup belajar sehinggakan habis 24 jam, kalau boleh nak beli masa tambahan, tapi amal dan ibadahnya tak sampai 0.01% dalam sehari itu.

"Everybody is a genius. But if you judge a fish by its ability to climb a tree, it’ll spend its whole life believing that it is stupid." - Albert Einstein -

Result yang teruk tak bermakna kita tak pandai/cerdik/bijaksana/kepala besar/ genius/megamind/einstein/freak/mad scientist and so on.

Live on and find Allah sincerely. He will give the right way for you, a special way just for you.

Allah.

2 comments:

  1. Mantap akhi..

    Tapi minda kita dah didoktrin utk melihat kertas itu sejak kecik.

    ReplyDelete
  2. Sungguh benar tahap dewa.

    Bukan didoktrin melihat kertas itu, tetapi didoktrin melihat gred yg tertulis di kertas.

    Kena makan panadol banyak-banyak. Haha.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...