26.12.13

Sahabat Untuk Sahabat! #1

"Bi Iznillah."

"Bro, aku kebingungan lah. Tak tau nak berkawan ngan sape. Nak yg duit banyak ke..? or nak yang suka belanja ke..? Nak yang baik ke..? atau nak yang sekepala buat kerja gila..? Huuhh.. Fheheningg."

"Silap langkah jai. Kau tak perlu pon untuk cari kawan yg mcm mane. Kau kena tanya diri kau dulu, nak jadi kawan yg mcm mana utk orang lain..? Be a magnet to some, and be a gravity that pulls everyone."

"Kau kawan aku kan?" :')

Zaman teknologi yang serba canggih-memanggih nih, wujud sesuatu yang kucing tak pernah cipta, yang kita panggil, sahabattery. Sahabat yang bercas bateri. Sudah tentu para remaja yang otak masih geliga dan mendidih nih nak cari yang berkualiti dan tahan lama. Carilah ke sini ke mari, Chamchung, Applepie, Hua-chong-wei, Le Novo, No Ikea, BlackBeriberi dan macam-macam lagi.

Ohoi kucing, kita nak cari sahabat nih, kita nak yang tahan sampai bila? Sampai alam persekolahan sahaja? Sampai alam Universiti sahaja? Sampai alam pekerjaan sahaja? Sampai mati sahaja?

Syeikh! Kita nak sahabat yang long-term baekk punya! Long-term bukan setakat sampai mati sahaja tapi sampai lepas mati dan seterusnya hingga ke syurgaNya. Barulah namanya sahabat dunia akhirat!

Dalam kita mencari sahabat yang long-term, jangan lupa pula bahawa kita pon kena jadi sahabat yang long-term untuk orang. Sahabat yang long-term, apa je karakter yang dia hado?

1) Tidak menghukum orang lain!

Don't judge a friend by his doings, especially the wrong-doings. Sangat penting. Manusia nih, bila dia melihat seseorang, dia akan melihat dengan dua mata, 'The Eye of Condemnation' dan 'The Eye of Mercy'. Psst, nih bukan pasal free mason tau.

Selalunya yang menggunakan mata penghukum adalah mereka yang bajet baik jer. Dia tengok orang buat salah, dalam hatinya,

"Uish dia nih campak buang sampah, dua tiga kali asyik tak masuk jer. Pastu ludah merata pulak tuh. Eh dia keluarkan apa dari poketnya tuh?! Rokok?!... Oh choki-choki. Makan sorang-sorang jer?! Ish ish ish."

Sahabat yang baik akan melihat kawannya dengan mata sang pemaaf. Bila tengok orang buat salah, iman dan hatinya berkata,

"Bagus dia nih berusaha bersungguh-sungguh nak campak sampah tuh ke dalam tong sampah. Trying is better than not trying kan? Dalam mulut dia banyak kahak kot, mungkin susah nak berzikir. Lagipun dia ludah dalam longkang. Dimaafkan lah jugak. Aku rasa dia nak keluarkan biji tasbih dari poket dia kot.... Oooh dia nih suka makan choki-choki rupanya. Nanti aku belikan 10 kotaklah untuk bufday dia."

Pernah dengar kisah pemuda yang datang mendekati Rasulullah, kemudian meminta izin baginda untuk berzina? Bila ditanya soalan nih kepada Rasulullah, baginda tak menghukum terus!

"Woi! Tara boleh maa! Haram oi haram!! Aku lempang sekali kang... nak?!"

Allah dah tanamkan dalam hati Rasulullah suatu sifat yang mercy. Mengasihani dan memberi harapan. Baginda melihat pemuda itu dengan mata sang pemaaf. Baginda slow talk dengan pemuda itu dan jawab dengan persoalan. Dakwah bil hikmah kata orang.

"Kalau terjadi pada ibu/adik/kakak/ibu saudara/adik saudara/kakak saudara/nenekmu, suka dak?"

Habis bicara, Rasulullah terus mendoakan pemuda itu.

اللهم اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
"Ya Allah ampunkanlah dosanya, bersihkanlah/sucikanlah hatinya (dari memikirkan sesuatu maksiat), dan jagalah kemaluannya (dr melakukan zina)"

Penyayangnya Rasulullah sebagai sahabat.

2) Simpan Rahsia!

Menyimpan rahsia berkait rapat dengan membina kepercayaan. Era fitnah sekarang, sukar untuk kita mencari orang yang betul-betul kita percayai. Kalaulah si penceramah yang sedang memberi ceramah pasal agama meminta dompet anda, mahu percaya atau tidak? Dia orang agama kowttt... takkan taknak percaya?! Akan ada perasaan boleh, dan mostly hati akan kata tak boleh percaya.

"Choi, aku nak luahkan something kat kau nih.. tapi kau jangan beritahu sesiapa tau! Walaupun kucing kau...! Ak.. aku sebenarnya... suka.. erm.. sukaaa..... suka makan choki-choki. Jangan bitau orang tau!"

Simpanlah rahsia walau sekecil mana pun rahsia itu. Di situlah kepercayaan terbina dan dengan sebuah kepercayaan lah kukuhnya sebuah persahabatan.

*fuhh*

Ting Tong. Ting Tong. Ting Tong.

"Hello, PBUY! Whatsapp bro, need a help? Oh about the project? Ok I'm coming!"

.... Haa? Takkan dua jer ciri-cirinya? Rasanya macam banyak lagi...?

Allah.

1 comment:

  1. yg ketiga, jujur. kan?

    yg keempat, err lupaaa hahah >,<

    ehem. tak sangka boleh jumpa budak pasum tengah2 bandaraya blog ni.
    haha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...