Dahulu kala, pernah juga terlintas di dalam horizon pemikiran, macam mana lah sepuluh ayat terawal dan sepuluh ayat terakhir surah al-Kahfi ini dapat menyelamatkan kita daripada Dajjal?
* * * * *
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
"Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat yang terawal dalam surah al-Kahfi, maka ia akan dilindungi daripada Dajjal."
[Sahih Muslim]
* * * * *
Magis - sepertimana Harry Potter melindungi dirinya daripada Dementor dengan Patronum Charm? atau Karamah - sebagaimana wali Allah berjalan di atas permukaan air? mungkin juga Barakah atas amalan-amalan yang baik?
Ghazwatul Fikr banyak mencemari pemikiran ini yang dahulunya suci.
Pernah aku menghadiri sebuah majlis ilmu. Kehadiran tanpa perancangan. Tiba-tiba diajak. Namun penuh hikmah. Maka, dapatlah sedikit jawapan yang menjadi spark plug aku untuk mendalami lebih lagi mengenai surah al-Kahfi. Menurut hadis, Rasulullah s.a.w. menyebut hafaz. Memelihara sepuluh ayat terawal, tidak sekadar membaca semata-mata. Memelihara dengan menghafal dan menghayati maknanya, lalu memahami apakah sebenarnya perlindungan yang dapat melindungi kita daripada fitnah-fitnah dajjal.
Aqidah.
Allah telah membawakan satu tema yang menjadi pelengkap individu muslim. Ciri yang diangkat paling utama dalam sepuluh Muwassofat Tarbiyah yg disenarikan oleh Syeikh Hasan Al-Banna. Aqidah yang sejahtera brother! Aqidah yang suci dan bersih dari segala kesyirikan dan kekufuran!
* * * * *
وَيُنذِرَ ٱلَّذِينَ قَالُواْ ٱتَّخَذَ ٱللَّهُ وَلَدً۬ا
"Dan ia juga memberi amaran kepada mereka yang berkata 'Allah mempunyai anak'."
[18:4]
* * * * *
Allah telah membuka dan menutup surah ini dengan penegasan bahawa Allah itu satu dan tidak mempunyai sekutu. Allah yang Maha Sempurna, mempunyai sifat-sifat kesempurnaan, tidak sama dengan makhluk-makhluk ciptaanNya yang memiliki segala kekurangan.
* * * * *
قُلۡ إِنَّمَآ أَنَا۟ بَشَرٌ۬ مِّثۡلُكُمۡ يُوحَىٰٓ إِلَىَّ أَنَّمَآ إِلَـٰهُكُمۡ إِلَـٰهٌ۬ وَٲحِدٌ۬ۖ فَمَن كَانَ يَرۡجُواْ لِقَآءَ رَبِّهِۦ فَلۡيَعۡمَلۡ عَمَلاً۬ صَـٰلِحً۬ا وَلَا يُشۡرِكۡ بِعِبَادَةِ رَبِّهِۦۤ أَحَدَۢا
"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya."
[18:110]
* * * * *
To make things more clear, Allah telah menceritakan beberapa alkisah dan perumpamaan selanjutnya di dalam surah al-Kahfi dan antaranya seperti yang kita lazim dengar, kisah Ashaabul Kahfi. Terdapat juga kisah antara hamba yang soleh dan insan yang kufur. Tidak lupa juga kisah Nabi Musa bersama anak didiknya, dan kisah Dzulqarnain menghalang Yakjuj Makjuj.
Semua kisah ini akhirnya akan berbalik kepada aqidah, kerana itulah yang akan menjadi pelindung kita bila bertemu dengan fitnah Dajjal di akhir zaman ini. Fitnah Dajjal itu macam mana pulak?
Haaaa... panjang ceritanya syeikh. Panjang ceritanya.
Expecto Patronum!
K A H F I E X P L O R E R | 2014
No comments:
Post a Comment