22.6.14

Memberi Untuk Memahami

Seribu tahun sekalipun Islam membenih di dalam hati,
belum tentu pengakhirannya adalah syurga indah abadi.
Solatlah lima puluh rakaat sekalipun sehari,
Tanggungjawab yang terabai tetap akan memakan diri.
Tanggungjawab apa?
Dakwah kepada non-muslim, menyeru kepada ilahi.

Allah.






*****

"Hellooo uncle! How are you? Can I have a free time with you ahh? Sebenarnya kami sedang membuat survey untuk orang-orang Malaysia di sini. Memandangkan Malaysia mempunyai culture yang pelbagai, kan? Jadi kami tertarik untuk membuat survey mengenai pandangan or opinions uncle about Islam. Can ahhh? Hehhh."

"Oohh yaa.. can maa. Can."

[[ What is Islam? ]]

"Oh, Islam itu religion lahh, macam itu pegangan."

[[ What is Muslim? ]]

"Muslim itu orang-orang Islam kot."

[[ Have you heard about Muhammad? What do you know about him? ]]

"Ya! Saya pernah dengar. Dia itu tuhan orang islam. Macam Jesus dalam kristian lah kann..?"

[[ What is al-Quran? ]]

"Itu yang kitab Islam itu, yang orang Islam baca lah.."

[[ What do you know about Allah? ]]

"Oh yaa saya pernah dengar itu perkataan. Dia macam kalimah dalam islam kan?"

*****

Perasaan menyampaikan Islam kepada non-muslim sememangnya luar biasa, seronok. Bukan jawapan skema tetapi jawapan isi hati yang masih lagi jahil. Perasaan takut itu memanglah ada. Seribu satu kemungkinan.

Ianya seperti kita nak mempromosikan cokelat Cadburry yang kelazatannya tiada bandingan. Kita pun berjalan menuju sahabat kita dengan hati yang penuh teruja.

"Broooo! Kau kena rasa nih broooo! Sumpahhh sedap gila khinzir!! Aku rasa setakat nih cokelat yang paling sedap aku pernah makan dalam hidup aku, inilah dia. Cadburry. Perghhh... kau makan sekali, kau akan nak berkali-kali brooooo!"

Namun, menyampaikan islam itu tidak sahaja dapat menyelamatkan kita daripada dakwaan mereka di mahkamah Allah, akan tetapi ia juga adalah kayu ukur kefahaman kita sendiri terhadap Islam itu.

Ya, dengan menyampaikan Islam, kita akan lebih memahami Islam, dan sejauh mana kita meyakini bahawa apa yang yg kita bawa adalah suatu kebenaran. Sebagaimana tips pelajar-pelajar cemerlang bahawa untuk memahami subjek itu, anda perlu mengajarkan subjek itu kepada rakan anda.

Barangkali, kewajipan berdakwah adalah modul Allah untuk mengajar kita erti "Banyak memberi daripada menerima." Memberi itu lebih praktikal sedangkan menerima itu seperti teori. Islam itu bukan teori, tetapi adalah praktikal. Islam itu perlu diberi, bukan sahaja diterima semata-mata.

Islam untuk semua, rahmatan lil 'alamin.

S T R E E T D A K W A H | 2 0 1 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...