Walaupun berbaki dua puluh empat jam menanti ketibaan Ramadhan, nyawa kita tetap di tangan Allah. Kalau ditakdirkan Allah menariknya, maka itulah ketentuanNya.
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡڪُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِڪُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ
"Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kalian berpuasa sepertimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
[2:183]
Bila bicara mengenai Ramadhan, apakah sebenarnya tujuan utama Allah mensyari'atkan kewajipan berpuasa selama 30 hari? Apakah yang nak dicapai? Maka Allah sebut di akhir ayat, agar kamu bertaqwa. Tiga puluh hari berpuasa tanpa mendapat hasil taqwa, rugi syeikh. Seolah-olah menabur garam ke dalam laut. Tak jadi apa.
Taqwa.
* * * * *
Sedikit perkongsian daripada al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim Sahalan, membedah sedikit penulisan Dr. Majdi al-Hilali, dalam bukunya , (كيف نحيي قلوبنا في رمضان) "Bagaimana Hati Kita di Bulan Ramadhan?".
Bagaimanakah hati orang-orang mukmin di bulan Ramadhan ini? Apakah persiapan yang dilakukan? Persiapan jasadi atau persiapan rohani? Syeikh! Sangat rugi orang yang telah alumni dari Madrasah Ramadhan ini tapi tidak mendapat keampunan Allah. Tidak mendapat kebaikan darinya. Tidak ada perubahan walau sedikit langsung! Sangat rugi syeikh!
Dan terbayang 18 tahun aku telah alumni dari Madrasah Ramadhan, tapi seperti sama sahaja. Potong bawang laju sangat sampai jari pon terpotong. Nanges syeikh.
Puasa Ramadhan, antara spark plug perubahan dan adat spiritual semata-mata. Apakah puasa itu hanyalah adat semata-mata? Dia puasa aku pon puasa. Dia berbuka, aku pon nak berbuka juga. Puasa wajib, kenalah buat. Perintah agama takleh abaikan (reti puasa, tak reti pakai tudung. lolololololol).
Seolah-olah orang tak nampak perkataan last dalam ayat 2:183 itu, hanya dapat tangkap, "Diwajibkan ke atas kamu berpuasa... bla bla bla... sepertimana wajib atas orang dulu... bla bla bla.." Maka wajib puasa sebab dulu pon wajib puasa. Amalan yang turun temurun. Itulah yang berlaku sekarang.
Jadi apakah puasa yang sebenar-benarnya? Perubahan syeikh.
Perubahan.
Apa makna taqwa? Soalan yang sangat lazim kita jawab dari sekolah rendah sampailah dah tua bangku. Taqwa itu maksudnya takut. Taqwa itu mentaati perintah Allah dan tinggalkan laranganNya. Taqwa itu kuih tradisional raya... eh?!
Taqwa itu adalah daripada bahasa Arab. Bahasa Al-Quran. Bahasa Syurga. Bahasa Akhirat. Kalau nak literally translate kepada bahasa Dunia, taqwa itu berjaya. "... agar kamu berjaya."
Ya. Kejayaan itu juga adalah perubahan. Kejayaan itu lahir dan datang daripada sebuah perubahan. Kita ambil contoh pemain-pemain atau atlet-atlet profesional yang telah berjaya kini. Kalau nak melihat latar belakang mereka, kebanyakannya taklah seperti yang kita sangkakan. Latar belakang mereka biasa-biasa sahaja. Tak terkenal, orang perkampungan, orang susah. Tapi apa yang membuat mereka berjaya sehingga kini?
Mereka nakkan perubahan.
Maka kunci kepada Taqwa itu adalah mesti ada perubahan, dan syari'at berpuasa itu adalah satu cara untuk kita dapatkan kunci itu. Kunci kejayaan. Kunci yang kian hilang.
قَدۡ أَفۡلَحَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ
"Telah berjaya orang-orang mukmin."
* * * * *
"So, macam mana aku nak tahu aku dah capai taqwa belum? Ada tanda-tanda besar atau kecil dia kah? Haha."
R O A D T O T A Q W A | 2 0 1 4
No comments:
Post a Comment