29.6.14

Kunci yang Hilang [II]

Apakah tanda sesebuah kenderaan itu kehabisan minyak? Adanya Fuel Gauge yang menunjukkan jejari ke arah huruf E, Empty Tank. Apakah tanda seseorang pelajar itu menghadapi tekanan belajar? Terbukanya buku di hadapan muka, terbuka juga screen monitor dengan terpampang besar FIFA14... eh?!


Jadi, apakah tanda-tanda kita telah mencapai at-Taqwa seperti yang Allah telah matlamatkan untuk kita di bulan wajib puasa, Ramadhan ini?

Sambungan perkongsian daripada al-Fadhil Ustaz Abdul Rahim Sahalan.

Kunci yang Hilang [I]

Tanda-tanda at-Taqwa itu terdapat dalam dua bentuk, yakni:

1) telah masuknya iman ke dalam hati, ke dalam diri.
2) dan dengan hadirnya iman di dalam hati, telah menghasilkan buah amal yang lazat sekali.

Iman dan beramal.

Bagaimana pula mahu mengesani masuknya iman ke dalam hati? Ada alat? Ada teknologi? Sekali lagi, ada beberapa tanda yang boleh kita kesan.

* * * * *

a) التجافي عن دار الغرور (Menjauhkan diri daripada dunia yang menipu)

Apakah ciri-ciri orang seperti ini?

 قلة الاحتمام بالدنيا
[Tidak mementingkan dunia. Biarpun seseorang itu sangat fanatic dengan bola, namun ia tidak hirau akan kepentingan World Cup yg sedang berlangsung dan lebih fokus untuk mencari redhaNya di bulan Ramadhan.]

عدم التلهف في تحصيلها
[Tidak pelahap dunia. Tidak rakus dan tamak memiliki kemewahan dunia. Seboleh-bolehnya harta milik itu nak lebih daripada yang perlu sahaja.]

عدم الحزن عند فواتها
[Tidak sedih atas kehilangan nikmat dunia. Situasi yang lazim berlaku adalah kehilangan prized possesion seperti handphone, kereta dan pangkat. Mereka yang telah dimasuki iman, tidak akan hilang emosi selari dengan kehilangan barang, tetapi dia akan bersabar dan redha atas ketentuanNya. Dia tahu nikmat itu daripada Allah, maka jika hilang sekalipun, Dia yang mengizinkannya.]

عدم التنافس في تحصيلها
[Tidak berlumba-lumba mengejar dunia. Keluar iPhone baru, terus nak beli. Keep updated katanya.]

عدم الحسد الآخرين
[Tidak berdengki ke atas orang lain. Berdengki atas kemewahan orang lain, sedangkan nikmat-nikmat itu Tuhan yang bagi. Allah yang Maha Memberi lagi Maha Adil.]

* * * * *

b) الإناية إلى دار الخلود (Kerinduan kepada Akhirat)

Apakah ciri-ciri mereka?

المسارعة إلى فعل الخيرات
[Mengejar keampunan Allah. Berkejar-kejar melakukan perkara kebaikan. Fastabiqul khairaat!]

شدة الورع
[Sangat-sangat warak! Warak sampai ke tahap seorang bapa melarang anaknya membeli makanan di gerai-gerai luar kerana diragui kehalalan dan kebersihannya. Warak sampai ke tahap waktu kerjanya itu tidak dilalaikan sedikitpun agar gaji yang diperolehinya itu bersih, betul-betul setimpal dengan masa yang diberikan untuk kerja.]

تقديم المصالح الدينية على المصالح الدنيوية عند تعارضها
[Memlih kepentingan agama atas kepentingan dunia apabila ianya bertembung kedua-duanya. Mungkin ini juga sering berlaku dalam kehidupan. Contoh sebagai seorang pelajar, bila sedang membuat ulangkaji, ia melambatkan solatnya walaupun sudah didengarkan azan. Ataupun kita sedang memandu pulang ke rumah dan hampir sampai di destinasi, tiba-tiba azan pon berkumandang. Mahu terus pulang ke rumah atau terus ke masjid? Dah nak sampai nih..!]

* * * * *

c) الاستعداد للموت قبل نزوله (Bersedia menghadapi mati sebelum ia datang kepada kita)

Apakah persediaan untuk menghadapi al-maut?

التحلل من المظالم
[Tidak melakukan perbuatan yang zalim. Tidak berlaku zalim sama ada menzalimi diri sendiri, menzalimi orang lain, dan menzalimi Allah.]

دوام الاستغفار
[Banyak mengambil masa untuk memohon ampun kepada Allah. Seringkali kita menjadi ketiadaan masa sebagai alasan untuk tidak bertaubat. Tetapi hakikatnya masa untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah itu sentiasa ada. Denga beristighfar, hati akan lebih dekat kepada Allah.]

* * * * *

Dan akhirnya, bila iman sudah masuk ke dalam lubuk hati yang sunyi selalu itu, otomatik hati itu rasa tergerak untuk beramal dan melakukan kebaikan. Menumbuhkan buah yang berkualiti.

Wallahua'lam. Sedikit sebanyak daripada perkongsian ustaz, membedah sedikit daripada penulisan Dr. Majdi al-Hilali dalam bukunya, "Bagaimana Hati Kita di Bulan Ramadhan?".

Overall, cerita pendeknya?

Dekatkah aku walau sedikit pun dengan ciri-ciri orang yang telah masuk iman ke dalam hatinya itu..?

Syeikh.. bulan Ramadhan ini bukan sekadar menahan nafsu daripada makan dan minum dan buat dosa selama 30 hari. Bukan juga misi konvoi tarawih ke masjid-masjid seluruh Malaysia. Bukan juga perlumbaan mengkhatamkan kitab Allah berjuta kali tanpa memahami isinya. Bukan juga menyerbu bazaar Ramadhan dan merampas sebanyak mungkin pelbagai jenis makanan yang ada. Bukan juga sekadar memberi infaq dan makanan kepada mereka yang memerlukan.

Tetapi segala perkara itu sebenarnya adalah wasilah-wasilah untuk kita mencapai at-Taqwa yang merupakan matlamat utama kita. Realiti kini, matlamat ini dibutakan dengan wasilah-wasilah yang telah menjadi adat berzaman-zaman.

Paling sentap bila ustaz sebut bahawa sangat sangat saaaaaangatlah rugi kalau kita menghabiskan marathon puasa 30 hari dan keluar dari Ramadhan tanpa ada sebarang perubahan. Lebih teruk lagi kalau iman kita lagi teruk sebelum memasuki Ramadhan.

Allah.. syeikh.. Aku terbayang Marathon Ramadhan aku yang sebelum-sebelum ini. Selama 18 tahun aku hidup dan 18 tahun melalui bulan Ramadhan, adakah rugi semuanya itu? sebab aku tidak merasakan perubahan yang sepatutnya.

Ramadhan adalah sebuah misi. Misi mencari redha Ilahi. Misi mencari kunci yang hilang selama ini. Kunci at-Taqwa, perubahan diri.

إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِہِمۡ‌ۗ
"..Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka mengubah keadaan mereka sendiri.."

Mudahan Ramadhan kali ini adalah yang terbaik.

Mudahan.

R O A D T O T A Q W A | 2 0 1 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...