18.6.14

Gagal yang Membeku

Ini kisah aku yang menunggu,
setahun lamanya menyusahkan guru,
belajar menjadi seorang pemandu,
dan akhirnya hilang sebuah hantu,
yang mengganggu frekuensi hari-hariku.

Alhamdulillah.






*****

Ini kisah aku dan kegagalan yang membeku.

Ini bukanlah cerita yang dapat membulatkan mata dengan segera, mahupun kisah yang menaikkan bulu roma dengan tiba-tiba. Ini hanyalah filem bersiri tiga yang membuatkan aku tidak lupa, kepada Maha Pencipta, kepada Maha Esa.

Kisah yang bermula, setelah tamatnya Sijil Pelajaran Malaysia Dua Kosong Satu Dua. Eksaited sungguh kita, glucose level dalam badan naik berlumba-lumba. Nak dapatkan lesen memandu punya cerita, inilah kebiasaan di kotaraya, norma kehidupan seorang remaja.

Lumrah kehidupan juga kita diuji, dari awalnya kita hidup sehinggalah dibalut kita mati, bahkan selepas itu pon masih ada lagi, kehidupan yang takkan henti. Ujian JPJ waktu yang selalu dinanti, Mana taknya kan? One step closer for you to be free.

Sesetengah mereka yaqin bahawa gagal tidak berpihak kepadanya, sesetengah yang lain pula lupa bahawa Allah sentiasa bersamanya. Haaaa... aku di pihak yang mana?

Tekan clutch, masuk gear satu, turun handbrake. Angkat tangan, dan gerak. Aku pandang penguji, dia pandang aku. Aku angkat tangan, dia pon angkat tanda. Huhh.

*****

Ayat cliche yang dah berzaman,
"Takpelah adik oih.. ada hikmahnya. Dah bukan rezeki kita kan?"

*****

Hairan ditambah seribu persoalan. Sepertimana kita menyemak kertas soalan exam yang lepas, soalan nombor dua kita jawab B, tetapi semasa exam yang lepas kita jawab A. Hairan, kenapa kita jawab lain, sedang kita tahu jawapannya lain.

Aku tahu aku salah ketika naik bukit kerana terhenti. Boleh sahaja aku berundur dan ambil peluang kedua. Tetapi aku tetap nak angkat tangan. Pelik.

*****

Buat kedua kalinya, aku bermuka semula dengan pegawai yang pernah aku pandang ketika aku menaiki bukit dahulu kala. Mengimbau masa lalu, aku bermuhasabah diri agar tidak melakukan kesilapan yang dulu. Tarik nafas dalam-dalam.

Sekali lagi.

Tekan clutch, masuk gear satu, turun handbrake. Angkat tangan, dan gerak. Lega hati, kereta menuruni bukit dengan selamat. Apakan daya, lega hati itu tak lama. Entah berapa kali enjin mati, risau aku membunuh hati.

Kali ini aku lebih yakin. Aku dah boleh rasa texture lesen P dalam genggaman. Aku dah nampak. Tapi silap. Aku nampak benda lain. Tiga penjuru, paling mudah bagiku. Tapi inilah hakikat, kalau Allah tak izinkan, nak buat macam mana... kan?

Hanya satu langkah sahaja menuju gemilang, namun satu langkah itu pula yang menghilang.

Memikirkan situasi mereka yang meminta satu markah tambahan, daripada 79 ke 80 untuk dapatkan A. Juga keadaan mereka yang hanya dapat 39 sedangkan paras lulus adalah 40. Begitu dekat sangat tetapi kenapa tak dapat capai? Satu sahaja lagi tapi mengapa? Mengapa?

Aku merasai. Aku memahami.

*****

Hari demi hari, persoalan menghantui, apakah hikmah di sebalik semua ini?

Mungkin juga salah satu hikmah yang sangat besar dalam hidupku adalah, terhapusnya salah satu jahiliyyah yang paling besar dalam hidup.

Video Games. Deleted.

Flappy Bird sahaja yang menjadi peneman setiap kali mengidam.

*****

Maka, tamat juga pengajianku di Pusat Asasi Sains Universiti Murabbi.. eh? Universiti Malaya. Maka banyaklah masa untuk aku bermuka dengan pegawai JPJ buat kali ketiga dan harapnya kali terakhir.

Tanam dalam kepala, ujian JPJ hari selasa. Dah semacam zikir dalam kepala, saban hari berfikir tak tentu hala. JPJ, hari selasa. JPJ, hari selasa. JPJ, hari selasa. Ghazwah Fikr katanya.

Isnin, sunnah berpuasa, moga bertambah pahala. Alang-alang Ramadhan dah dekat, moleklah nafsu disekat-sekat. Bangun sahur, qiamullail, menghidupkan subuh, kemudian mati sekejap.

TUPP! TUPP! TUPP!

Mimpi indah diganggu beberapa ketukan pintu. Siapa entah datang pagi-pagi ini. Pintu dibuka. Baq hang terkejut tak ingat dunia. Gelabah dibuatnya, tak mandi, terus bersiap nak pergi ke sana. Ke mana?

Jumpa dia. Abang pegawai JPJ yang masih istiqamah menyedut asap.

Ketawa sakan dalam gelabah cikgu aku. Rupanya ujian hari isnin, bukan selasa. Memang Ghazwah Fikr sungguh. Molek sangatlah. Tak sempat nak hantar mesej-mesej cliche.

"Guys, doakan aku esok test JPJ."

"Akhi, doakan ana tenang esok test JPJ."

"Esok Afiq test JPJ. Doakan yang terbaik."

Hanya sempat meminta mak mendoakan sahaja. Cukuplah kot rasanya.. kan?

*****

Sekali lagi, tapi lain sedikit.

سُبْحَانَ الَّذِي سَخَّرَ لَنَا هذَا وَمَا كُنَّا لَهُ مُقْرِنِينَ وَإِنَّا إِلى رَبِّنَا لَمُنقَلِبُونَ

"Ya Allah, kerana Dakwah dan Tarbiyah aku berniat. Tsabatkanlah hati aku."

Tekan clutch, masuk gear satu, turun handbrake. Angkat tangan, dan gerak. Hijau, hijau, hijau, hijau, dan hijau. Maka dengan tenangnya, aku melangkah keluar dari kancil putih. Menuju ke abang pegawai like a boss.

Dalam hati,
"Wa dah lulus lah derr.. dah taknak tengok muka lu lagi.. tp kalau terjumpa lagi.. wa nak tengok lu berhenti sedut asap maa.. mana role model dari abang JPJ..?"

Dalam hati sahaja. :)

- Tamat... atau belum? -

*****



Sedangkan Thomas Alva Edison pon berjaya dengan sembilan ratus kegagalan sebagai trade-off, takkanlah dengan hanya dua kali kegagalan, aku nak kecewa dan terus down... bukan?

Ya. Siapa yang tak sedih dengan kegagalan? Rasulullah s.a.w. pun pernah bersedih atas kegagalannya berdakwah di bumi Taif yang pada akhirnya dibalas dengan lemparan batu sahaja. Namun semangat dakwah itu tidak pernah hilang. Kerana apa? Keyakinan.

Keyakinan kepada Allah.

Tapi ada satu perkara dan mungkin hikmah yang aku tercari-cari. Mengapa Allah tak izinkan aku lulus pada ujian pertama atau kedua? Mengapa Allah nak takdirkan sebegitu rupa sedangkan aku dah yaqin aku boleh bawa..?

Dia tidak zalim, tetapi sebaliknya sangat Penyayang dan Memahami.

Dia tahu bahawa banyak lagi perkara yang perlu aku belajar. Dia tahu bahawa dengan sebuah kegagalan itu, aku akan lebih fokus dan belajar lebih banyak lagi atas pengalaman. Seolah-olah Dia nak mengajar aku menganalisa sebuah kegagalan dan belajar untuk tidak melakukan lagi kesilapan yang sama. Ia bukan sekadar  sebuah pengaplikasian dalam dunia memandu sahaja, tetapi di dalam seluruh aspek kehidupan. Aplikasi dalam hidupku sebagai seorang bakal student degree yang mungkin lebih banyak lagi kegagalan..?

Mungkin juga Allah nak bagi aku merasai impact (walau kecil atau besar) sebuah kegagalan?

Kesimpulan filem bersiri tiga ini?

Ia menambahkan lagi keyakinanku terhadap Allah bahawa perancanganNya sangat teliti walau kita tak nampak ia. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita. Ayat memang macam cliche dan skema sangat (pfft). Tapi ia memang realiti, bukan fantasi.



D O O R S T O S U C C E S S | 2 0 1 4

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...