20.6.14

Harapan yang Bersinar

Atas alasan mencari redhaNya,
aku berbakti kepada mereka.
Kepada siapa? Dua orang tua kita.

Atas alasan mencari redhaNya,
aku meninggalkan nafsu dan hawa.
Hanya seinchi sahaja jarak aku dan dia.
Tapi aku takut! Takut akan api jahannamNya.

Atas alasan mencari redhaNya,
aku melepaskan segala harta.
harta yang bermodal gaji seorang pekerja.
Sungguh Allah itu kaya.
Hak dia tetap hak dia.

Allah.



Pernah dengar kisah tiga orang pemuda? Ditakdirkan Allah mereka terperangkap di sebuah gua. Kisah amal baik yang dilakukan kita, dan boleh dibawa mencari redhaNya.

Kisah ini diriwayatkan di dalam sebuah hadis. Hadis yang boleh dikatakan sangat asli. Ini kerana sanadnya (periwayat) yang kuat dan dipercayai. Siapakah?

Ia bergelar, Silsilat ul-Zhahab, The Golden Chain of Narrators. Sanad yang paling authentic ini termasuklah tiga orang yang dekat dengan Rasulullah. Malik ibn Anas, Abu Suhail an-Nafi', Abdullah ibn 'Umar.

*****

Once upon a time.... *birds whistling*

Tiga orang pemuda telah bermusafir, berjalan-jalan sehingga tiba-tiba turun pula hujan yang membasahi permukaan bumi. Maka dengan kurniaan akal, mereka berlindung di sebuah gua buat seketika daripada hujan yang muram. Alangkah terkejutnya, kerana 'seketika' mereka menjadi lama. Takdir Allah, sebuah batu yang besar telah jatuh dan menutup mulut gua tersebut, tidak meninggalkan walau sedikit cahaya memasuki.

Di waktu-waktu cemas begini, creative ideas mudah datang. (Sungguh?)

Maka, salah seorang daripada mereka mencadangkan agar masing-masing flashback hidup dan memikirkan amal sholeh yang pernah mereka lakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah, kemudian berdoa kepada Allah dengan amal sholeh itu.

(Kalau aku, kat celah mana entah nak cari dalam memori hidup. Waduhhh..)

Pemuda Pertama:

"Ya Allah! Aku memiliki dua orang tua, seorang isteri dan anak-anak yang masih kecil. Aku menyara hidup dengan mengembala ternakan. Setelah pulang dari pengembalaan, aku akan memerah susu dan memberikannya kepada kedua orang tuaku terlebih dahulu sebelum anak-anakku. Pada suatu hari, aku terlambat pulang dari pengembalaan kerana tempatnya yang jauh. Aku sediakan susu seperti biasa dan aku dapati orang tuaku telah tidur. Aku tidak mahu membangunkan mereka. Walau bagaimanapun, lapar tak lapar, aku tetap tidak memberikan susu kepada anak-anakku sebelum orang tuaku sehinggalah terbit fajar."

"Ya Allah, jika aku melakukan perkara ini semata-mata mencari redhaMu, maka jauhkanlah kami dari musibah ini."

Batu berganjak sedikit.

Pemuda Kedua:

"Ya Allah! Aku mempunyai seorang saudara perempuan yang aku kasihi dan sayangi. Pada suatu ketika, aku ingin melepaskan syahwatku ini padanya, namun dia tidak sanggup, sehinggalah tiba musim kemarau yang mendesaknya. Aku memberikan 120 dinar kepadanya dengan syarat dia datang berseorangan. Dia bersetuju dan aku berkuasa penuh ke atas dirinya. Hampir sahaja aku melepaskan syahwatku, dia berkata, "Hai hamba Allah! Takutlah engkau kepada Allah, dan janganlah engkau meragut kesucianku sebelum menjadi hak kamu.". Aku berhenti dan hilangkan niat aku. Aku menjauhkan diri darinya dan aku biarkan 120 dinar aku beri padanya."

"Ya Allah, jika aku melakukan perkara ini semata-mata mencari redhaMu, maka jauhkanlah kami dari musibah ini."

Cahaya semakin banyak memasuki gua.

Pemuda Ketiga:

"Ya Allah! Aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Aku telah memberi wang upahan kepada semua kecuali seorang pekerja yang hilang entah ke mana. Kemudian, wang upahan itu aku guna sebagai modal perniagaan yang lain. Ia telah menghasilkan hasil yang lumayan sekali. Maka beberapa ketika, pekerja yang tidak mendapat upahnya itu datang, lalu berkata, "Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku.". Maka aku berikan segala harta yang telah bermodalkan wang upahannya. "Wahai hamba Allah! Janganlah bergurau!". Maka aku jelaskan kepadanya perkara sebenar dan dia mengambil semua haknya tanpa sedikit pun yang tertinggal."

"Ya Allah, jika aku melakukan perkara ini semata-mata mencari redhaMu, maka jauhkanlah kami dari musibah ini."

Ganjakan terakhir batu itu telah mengukir kegembiraan di hati pemuda-pemuda tersebut.

*****

Mungkin pengajaran dan conclusion yang terdapat dalam ketiga-tiga pemuda itu sangat biasa dan cliche. Dah muak dan basi dah mendengarnya. Otak pon dah otomatik buat analisa, dikategorikan sebagai 'seen' sahaja.

Berbakti kepada kedua ibu bapa. Nak elaborate? Berbaktilah kepada kedua ibu bapa anda. Literally.

Menolak hawa nafsu. Fitrahnya, lelaki kalau dapat peluang ini memang harimau jadian lah jadinya. Professor Remus pon tak boleh nak tahan jadi Werewolf pada malam bulan mengambang tanpa Wolfsbane Potion. Maka, ubat kita untuk tidak menjadi 'harimau jadian' itu adalah at-Taqwa. Bersama at-Taqwa akan lahir sifat al-Khouf (takut) kepada Allah.

Syeikh! Menolak hawa nafsu ini bukan seperti mengambil rokok dari perokok tegar! ehh..? Orang yang kuat sahaja mampu menolak hawa nafsu! Yang kuat sahaja syeikh!

Hak dan harta. Penat kita membuka perniagaan baru dengan duit upahan yg kecil itu, kemudian dapat hasil banyak. Tak salah kan kalau bagi amaun yang asal sahaja? Takkanlah nak bagi semua? Conclusion? Hang pikiaq sendiri. Cari jawapan dalam diri.

Tawassul. Haaaa, jarang dengar kan?

Secara definisinya, kita berdoa dan membuat permintaan kepada Allah dengan cara kita mengemukan amal sholeh kita, sepertimana yang dilakukan pemuda-pemuda tersebut, supaya lebih valid untuk diterima doa itu. Cara ini dikatakan dapat mendekatkan lagi diri kita kepada Allah.

InsyaAllah.

Makaaaaaaaaaaaaaa...

Selamat. Beramal. Sholeh.

Huhh.

P R A Y I S H O P E | 2 0 1 4


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...