Allahumma sholli 'ala sayyidina Muhammad!
Persis alunan merdu kawan saya, Maher Zain "You just have to open your eyes, your heart and minds".
Buka minda anda dan masukkan CD bayangan ini:
Anda adalah seorang yang sangat miskin semiskin-miskinnya. Boleh katakan orang yang paling hina di dunia ini. Orang yang berjalan non-stop di siang hari kerana meminta duit dan ber'jihad' di malam hari kerana mencari tempat untuk merehatkan jasad yang tak lama lagi akan terkubur. Sudah beberapa hari anda tidak mandi dan pakaian anda pun sudah berlubang dan kotor. Jijik!
Suatu hari anda berjalan di tepi jalan dan terpampang di depan anda sebuah taman perumahan yang agak mewah. Mata anda mula berbentuk duit seperti di dalam kartun. Ceh! Maka, anda pun cuba untuk mengetuk di setiap pintu rumah yang ada dengan penuh harapan.
Malang sekali, apa yang anda dapat hanyalah pintu yang tertutup satu atau dua saat selepas pintu itu dibuka. Ajaib! Tangan anda kosong seperti diisi habuk dan debu. kecewa. Jijiknya anda sehinggakan tidak ada seorang pun yang mahu hulurkan shower. Eh! Kerana terlalu kecewa, anda pun ziarahi kubur dan kembali ke kubur anda... apakah? (abaikan)




