25.2.13

Mendaki Tak Semudah Menurun! Oh Imanku!


Mendaki bukit bukanlah perkara yang kacang goreng dan bukan juga mission impossible. Ia adalah sesuatu yang mampu dilakukan oleh kita semua! Semestinya dengan dua option, NAK atau TAKNAK.

8.2.13

Penjara Tarbiyah!


"Eh, Mad! Cuti dah dekat! Apa plan kau? Aku tak tau nak buat apa..haha"

Bismillahirrahmanirrahim..

Malam suram litupi malam ~
Resah hati peristiwa semalam ~
Mengimbau suatu kenangan silam ~


Begitulah merdunya alunan suara Zayyan, lagu 'Ku Insafi'.
Mengimbau suatu kenangan silam, suatu kenangan manis, suatu memori yang hitam putih. Ceh.

7.2.13

Aku Seekor Homosapien!


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari yang indah lagi bersinar. Tiba-tiba dentuman kuat menggetarkan gegendang telingaku. Bunyi apakah? Oh! Hujan lebat rupanya. OK.

Menanti result Sijil Paling Mudah atau bahasa remajanya SPM, membuatkan diri ini ter'flashback' kembali ke zaman UPSR. Tapi masih berwarna-warni, bukan hitam putih. Belajar hanya setahun, alhamdulillah dapat 4A1B! Cis, muehehe.

Teringat buat karangan Bahasa Melayu dulu.
"Aku Sebatang Pencil"
"Aku Sebuah Kereta"
"Aku Seorang Pembangkang" *Eh, ada ke nih?

6.2.13

Ketuk! Ketuk! Siapa? Saya Nak Taubat!


Allahumma sholli 'ala sayyidina Muhammad!

Persis alunan merdu kawan saya, Maher Zain "You just have to open your eyes, your heart and minds".
Buka minda anda dan masukkan CD bayangan ini:
Anda adalah seorang yang sangat miskin semiskin-miskinnya. Boleh katakan orang yang paling hina di dunia ini. Orang yang berjalan non-stop di siang hari kerana meminta duit dan ber'jihad' di malam hari kerana mencari tempat untuk merehatkan jasad yang tak lama lagi akan terkubur. Sudah beberapa hari anda tidak mandi dan pakaian anda pun sudah berlubang dan kotor. Jijik! 
Suatu hari anda berjalan di tepi jalan dan terpampang di depan anda sebuah taman perumahan yang agak mewah. Mata anda mula berbentuk duit seperti di dalam kartun. Ceh! Maka, anda pun cuba untuk mengetuk di setiap pintu rumah yang ada dengan penuh harapan. 
Malang sekali, apa yang anda dapat hanyalah pintu yang tertutup satu atau dua saat selepas pintu itu dibuka. Ajaib! Tangan anda kosong seperti diisi habuk dan debu. kecewa. Jijiknya anda sehinggakan tidak ada seorang pun yang mahu hulurkan shower. Eh! Kerana terlalu kecewa, anda pun ziarahi kubur dan kembali ke kubur anda... apakah? (abaikan)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...