16.1.13

"Lights! Camera! Ibadah!"



Adik: Wah! Hebatnya dia berlakon!
Ibu: Memanglah hebat sayang. Gaji pon lumayan juga!
Adik: Oohh.. adik nak jadi macam dia jugak lah..
Ibu: Haish.. kenapa pulak ye?
Adik: Ye lah, duit masyuk, feymes, berlakon hebat! hehe..
Ibu: Laa.. macam tu pulak dah?.. Adik pon sekarang tengah berlakon..
Adik: Eh, mana ada.. adik serius lah mak.. tak pura-pura..
Ibu: Maksud ibu, adik sekarang tengah berlakon di atas pentas dunia :)
Adik: Haa?? Ye ke?

Syabas untuk diri anda!! Eh? Kenapa pulak?! Kerana anda adalah seorang...
PELAKON!! Takbir! Allahu Akbar!

Eh, pelakon?! Sejak bila pulak?! 
Sejak anda ditakdirkan lahir ke dunia lah! Sejak Pemilik Cinta meniupkan RUH ke dalam jasad anda!
Waah! Sungguh!

AKU adalah seorang PELAKON di atas pentas DUNIA!! Hoyeah!!
((dengan rasa bangga dan rasa err.. 'Izzah!))

*tepuk*tepuk*tepuk*

Kejap! Tunggu! Apa yang aku lakonkan sekarang??? Aku berlakon untuk cerita apa?? Kenapa banyak sangat persoalan nih (abaikan) ??? 

Anda sedang berlakon untuk sebuah cerekarama, sebuah aksi Sang Superhero!

Oh! Spiderman? Batman? Thor? Papayaman? Cicakman? Aaaah?!!

TIDAK!! Anda sedang berlakon untuk filem...

I Am Legend (Baca: Aku Adalah Khalifah)
Betul tuh! Filem "Aku Adalah Khalifah!"

..........................................................
..........................................................

Dunia yang kita sedang pijak ini, pada realitinya hanyalah seduabuah planet. Namun hakikatnya, ia lebih besar dan jauuuuh lebih luas dari itu! Ya! Dunia adalah PENTAS lakonan kita.

Kita pula tanpa disedari, tanpa diketahui, tanpa diberitahu.. kita sebenarnya adalah PELAKON di atas PENTAS itu. SubhanAllah! Siapakah penontonnya pula?

Dialah Al-Khaliq, Al-Razak, Al-Fattah, Al-Muntaqim, Al-Ghaffur, Al-Syakur, Al-Wahid, Al-Wadud..
DIAlah ALLAH Subhanahu wa ta'ala..

Penonton manakah yang ingin melihat lakonan yang TERUK dan yang tak boleh diterima oleh akal dan hati?? Apakah yang ingin dicapai oleh penonton?? Kepuasan?? Mungkin..mungkin juga REDHA!

Allah telah mencipta kita, manusia dengan dua tujuan hidup!

“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi ini”
(2:30)

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali untuk berIBADAH(bekerja) kepada-Ku” (51:56)



Ibadah dan Khalifah! Itulah lakonan kita di atas pentas ini sekarang! 
Ibadah meliputi seluruh aspek. Anytime, Anywhere! Yang penting segalanya untuk Allah ~

"'Berlakonlah' dengan sebaik mungkin dan seikhlas mungkin! InsyaAllah akan dibayar, diganjarkan dengan habuan Syurga Firdausi!"

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...