16.3.12

Masa Muda yg Osem!

As-salam..

Hari yg cukup indah untuk menulis di blog (tipu je). Kini berada di KL untuk menghadiri majlis pernikahan sepupuku. Sangat seronok. Bukan nikahnya yg seronok (bagi pengantin mmg seronoklah kan? ehem2). Seronok sbb dapat bermain bersama anak sepupu (mcm anak sedara jugak la kan?). Bergusti, bergeletek, bergelak, besembang, berpukul (pukul ayu). Huahuahua.

Kemudian mereka (ada 2 org) bercerita tentang hidup mereka atau kata lain 'childhood' mereka (padahal umur 6 & 7 tahun). Saya pon dengarkan sahaja dan tergelak. Kemudian terfikir "macam2 betol dorang nih, berseronok saja kecik2 nih". Cepatnya masa berlalu. Sekarang saya pon dah form 5. Dulu kecik sekarang dah besar. Dulu berseronok, tapi sekarang pon berseronok jugak.

Namun, makin meningkat umur saya makin besar juga tanggungjawab saya. Dulu suka sangat nak main, sekarang belajar, kerja, dakwah dan seumpanya. Hakikat sekarang, manusia tidak kenal tanggungjawab masing2 sebagai seorang muslim. Perangai masih seperti budak2, berseronok sini berseronok sana cuma lebih 'advanced'.

Sebenarnya apa yg saya nak cakap ialah, bila tengok budak2 nih, ade rasa menyesal sikit sebab masa muda kita telah disia2kan. Di akhirat nanti, waktu muda kita lah yg akan ditanyakan, kerana waktu itulah kita mempunyai tenaga yg maksimum dan osem! Lihat zaman dahulu, pemuda Islam sangat kuat berbanding sekarang yg hanya tahu seronok.

Gunakanlah masa muda kita dgn berfaedah supaya kita tak menyesal waktu sudah tua nanti (ini benar!)

Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...