16.3.13

Kerana Dia Peduli!



Tahun 2000 tiga belas. Sudah sepuluh tahun pemergiannya dikenang. Siapakah dia? Muslim kah dia? Apa yang dia buat? Persis suara bunyi Sang MukaBuku, "Banyak persoalan yang berada di minda".


Mereka kata hanya sebuah kemalangan. Mereka yang lain pula menyaksikan ia adalah pembunuhan sengaja. Maka yang benar tetap berpihak kepada yang Haq.

Dia adalah Rachel Corrie. Seorang wanita berusia 23 tahun. Dia adalah seorang aktivis amerika yang berkhidmat di bawah ISM, sebuah organisasi antarabangsa iaitu International Solidarity Movement. Gerakan ini bertujuan untuk membantu rakyat Palestin yang masih berkonflik dengan Israel melalui cara yang aman.

Dia pernah menceritakan bahawa pertama kali tiba di Gaza dan melihat keadaan di situ, dia berasa sangat umph! Sukar untuk menjelaskannya. Anda tidak dapat bayangkan dengan sepenuh hati keadaan di Gaza itu melainkan anda pernah pergi ke situ dan merasainya sendiri. Pergh!

“I feel like I’m witnessing the systematic destruction of a people’s ability to survive. It’s horrifying… Sometimes I sit down to dinner with people and I realize there is a massive military machine surrounding us, trying to kill the people I’m having dinner with.”
[ Rachel Corrie ]

Kenapa dia mahu melakukan semua ini? Adakah dia muslim? Tidak. Ini soal kemanusiaan. Dia melakukannya kerana dia peduli akan rakyat Palestin yang sengasara setiap hari. Alangkah indahnya kalau dia dapat memeluk Islam kan?

Rachel Corrie dikatakan 'Heroine' oleh mereka dan rakyat di Gaza juga mengingatinya kerana niatnya untuk mempertahankan kediaman di Rafah. Pada 16 Mac 2003, bermula operasi merobohkan rumah oleh IDF (Israeli Defence Force). Rachel Corrie dan konco-konconya pula bertindak untuk menghalang operasi itu. Dengan berani dia meletakkan dirinya di hadapan bulldozer Caterpillar D9R dengan harapan ia berhenti. Malang sekali, bulldozer itu melanggarnya tanpa rasa belas kasihan. Anda dapat bayangkan? Perghrit! Keadaannya sangat kritikal dan dikejarkan ke hospital. Sungguhpun begitu, nafas terakhir dihembus di situ pada waktu petang. Allahu Rabbi.



Itulah dia Rachel Corrie, seorang non-muslim yang sedar akan tanggungjawabnya untuk saudara kita, namun bukankah sepatutnya seorang yang muslim lebih sedar akan tanggungjawab dirinya? Seorang muslim yang sudah berikrar syahadatain? Mempelajari Islam? Melakukan solat lima waktu?


Pada 16 Mac petang juga, hilangnya sebuah anggota badan yang mereka umpamakan sebagai Umar Al-Khattab selepas menghadam kek Tarbiyah. Beliau adalah Muhammad Nur Iman Shafiq. Pemergian beliau ditangisi ramai. Mungkin beratus? beribu? berjuta? Wallahua'lam.

"Dakwah dan tarbiyah adalah nadiku. Mana mungkin aku dapat hidup tanpanya."
[ Iman Shafiq ]

Alhamdulillah rasa bersyukur lahir di hati kerana sempat mendengar bicara manis beliau dalam program LKD. Sungguhpun ianya sekejap, is mungkin paling bermakna dalam hidup ini. Dalam jalan dakwah ini. Jazakallah kepada beliau kerana telah memperkenalkan Syahadatul Haq kepadaku. Misi yang sangat berat kalau dirasai dengan hati. Terima kasih akhi. Moga akhi bergembira bersama bidadari di syurga nanti.


Allah bersamamu. Saya tertanya-tanya, mungkin juga Rachel Corrie tidak memeluk Islam kerana tidak ada orang yang menjalankan SH (Syahadatul Haq)?... Eh?! Aduh! *sentap*

#DakwahItuMudah JOM!

Sumber;

2 comments:

  1. masyaAllah..
    sentap hati takot takot.. di hari akhirat nanti ada yang persalahkn diri ini kerna tk menyebarkan Islam dan berdakwa kepada mereka..
    mereka mungkin tidak tahu.. tetapi kita yang tahu, ape yang kita lakukan?
    memang sentap..

    ReplyDelete
  2. Memang sentap.

    Dua kalimah syahadah bukan sekadar ucapan, tapi lebih besar dari itu. Syahadatul Haq. Sangat berat untuk dipikul.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...