20.3.13

Straight A or Straight Way?


Dua puluh satu hari bulan tiga telah menjadi tarikh keramat bagi individu tertentu bagi tahun 2000 tiga belas. Apakah yang bakal mendatang? Kiamat kecil-kecilan? Birthday si fulan dan si fulanah? Pernikahan makcik jiran sebelah? Semestinya bukan semua itu (atau mungkin juga ya).

21/03/2013. Tarikh yang chantek sekali. Tarikh di mana akan diumumkan juara 'Saya Permata Malaysia'!. Anda sudah bersedia?..........................
Krik. Krik. Krik. (cengkerik dah bosan berbunyi)


Minta maaf atas kesalahan teknikal sebentar tadi. 21/03/2013. Tarikh di mana hati individu-individu tertentu gementar. Kaki merasa goyah bagaikan berada di atas tali sarkas. Muka merah bagaikan ditampar sepenuh kasih sayang oleh insan terchenta mereka. Inilah tarikh di mana mereka akan mendapat keputusan Sijil Paling Mudah!.. eh?! Sijil Pelajaran Malaysia!

Bismillah.

Hari ini, mungkin ramai yang akan post di Fesbuk tentang SPM, wishing good luck sini dan sana. Mungkin juga ada yang berkicauan dalam sangkar PengicauBiru (baca: Twitter). Di sebalik bayangan itu pula ada yang menge'blog' nasihat-nasihat buat hadek-hadek terchenta. Sungguh?

Menunggu keputusan memang suatu yang mendebarkan dan menerima keputusan pula adalah suatu keredhaan. Boleh berlaku juga situasi di mana seseorang yang jarang berqiamullail (baca: bangun malam) bangun sangat awal dan berqiamullail dengan bersungguh-sungguh. Ada juga yang sempat bernazar (ada kah?). Berdoa siang dan malam meminta agar Allah memberinya straight A.

"...Kemudian diutuskan kepadanya malaikat, lalu ditiupkan roh kepadanya dan diperintahkan menulis empat pekara; REZEKInya, ajalnya, amalannya, celaka dan bahagianya..." (Hadis ke-4, hadis 40)

Rezeki telah ditetapkan sejak kita berada di alam rahim lagi. Sejak jasad kita ditiupkan ruh oleh malaikat. Rezeki itu Allah punya dan Dia telah menetapkan buat hamba-hambaNya apa yang terbaik untuk mereka. Allah Maha Memberi Rezeki. Allah Maha Mengetahui. Siapakah kita untuk mempersoalkanNya?


"...Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya REZEKI dari arah yang tidak disangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya." (65:2-3)

Pernah dengar ayat seribu dinar? Pernah nampak ayatullah yang digantung di cawangan Mamak? *senyum*

Konsep yang Allah ajar mudah sahaja. Lebih mudah daripada konsep Biologi, Fizik, Kimia, Matematik Tambahan dan haram jadah yang lain. Kita bertakwa (ikut perintah, tinggal larangan), nanti Allah beri petunjuk jalan. Mudah tapi tidak ramai yang nampak kerana tidak mencuba.

"Don't cry before you try!"

Jangan takut dan risau sekiranya anda tidak mendapat keputusan yang tidak cemerlang. Bilangan A tidak berguna dan tidak bermakna sekiranya ia tidak dapat membawa kita berjalan-jalan di syurga nanti. Kejayaan di dunia tidaklah hakiki kerana kejayaan yang hakiki adalah Syorga Firdausi.


Apa yang Allah rezekikan itu, jadikannya sebagai petunjuk. Mungkin juga Allah memberi straight A untuk menguji tahap keimanannya. Mungkin juga Allah memberi satu A sahaja untuk menguji tahap kesyukurannya. Banyak hikmah, banyak kemungkinan.

"Walaupun 950 tahun Nabi Musa hidup berdakwah tanpa ada hasil yang lumayan, tiada perasaan 'give up' yang timbul dalam dirinya kerana baginda percaya akan janji Allah."

Kita-kita pulok guanne?


"Straight A in Quran and Sunnah, straight way to Jannah"

Berdoalah untuk sahabat-sahabat anda, nescaya malaikat akan mendoakanmu.
Berdoalah agar keputusan yang kita terima itu dapat membahagiakan ibu bapa kerana itulah yang kita mahukan buat mereka, kebahagiaan.

Senyumlah walaupun pahit dan masam... eh?!
Moga Allah bersamamu!

#DakwahItuMudah JOM!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...