26.2.12

Jadi macam katak, Osem ke?



As-Salam..

Budak2 zaman sekarang cukup terkenal (takdelah terkenal sangat) dengan peribahasa melayu " Seperti katak di bawah tempurung "

Ahmad sedang bermain PS4..

Man: pergh! Chelsea kalah ngan Everton! haha!
Ahmad: sape tuh? kawan ko ke?
Man: kawan aku?? ape ko nih? EPL laa..
Ahmad: haa?? Every People Lives..?
Man: haiyaaa.. tak bace surat khabar pe?
Ahmad: ermm... bazir mase laa...




Zaman sudah maju. Teknologi pon sudah maju. Maka, penghuni zaman pon bertambah maju. Dengan wujudnya kaum2 playstation, nintendo, microsoft, android, iphone dan kaum2 yang lain, maka budak2 pon tertarik. Kaum2 ini pon rasa tertarik dengan budak2 nih (takdelah..tipu sahaja). Apa yang saya nak cakap ialah budak2 atau pemuda2 sekarang sudah di 'brainwash' dan menyebabkan mereka tak peduli dengan berita2 sekeliling mereka. Games sahaja 25jam. Termasuklah saya tapi saya dh neutral :)

Ahmad: aduhai! Man, tolong aku please!
Man: apsal ko nih??
Ahmad: Aku ade beli tanah dari seseorang, aku bagi duit pendahuluan RM50K..
Man: abestuh?
Ahmad: kita ade buat janji temu nak jumpa di tempat tuh.. last2 aku tunggu dia tak datang!
Man: ish! ni kes scamming wei! hari tuh aku ade bace kt surat khabar yg polis tgh cari si penipu yang jual tanah..
Ahmad: Haa?!! asal ko tak bitau aku!
Man: abes ko sebok maen game jer.. bukan nak bace surat khabar pon..


Pengetahuan tentang berita sekeliling sebenarnya penting juga supaya kita alert dengan perkembangan dunia (maklumlah dunia sekarang dah macam apa). Kes inilah, kes itulah (saya bercakap tentang Malaysia sahaja). Lagi2 tentang politik dengan fitnahnya. Kalaulah kita tak tahu apa2, berita itu ini pon kita akan percaya. Betoool!

Ahmad: omg! ko tengok brite TV3 tuh..
Man: janganlah caye sangat. haish..

Sebenarnya saya pon tak suka sangat baca berita itu dan ini (oops kantoi!!) tapi nak tak nak bace juga untuk pengetahuan am. Ini untuk kepentingan diri, keluarga, kawan, dan masyarakat (yeke? hehe). Kita nak jadi SuperMuslim kenalah tahu tentang perkara luar dan dalam, kan?

Nak jadi macam katak yang osem main PS4 di bawah tempurung pon boleh, tapi tempurung tu biar lutsinarlah supaya kita tahu perkara yang sedang berlaku, kan? Barulah Osem!(haha).

Janganlah jadi " Seperti katak di bawah tempurung" tapi
Jadilah " Seperti SuperMan di bawah tempurung "

Walaupon dia duduk bawah tempurung tapi dia tahu perkara luar dan dalam kerana kuasa dia yang osem boleh tengok menembusi dinding. Sangat Osem..seperti saya! :)

Wallahu'alam..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...